RINDU ITU CINTA - 1

By Rose Harissa - September 10, 2013

Salam... 
Sebenarnya RIC ni cerita lama. Tapi aku revamp balik guna POV1. Cover pun tukar sebab baru jumpa lelaki yang sesuai untuk jadi Al-Hadi.

Ini Fattah Amin ...Hero Remaja 2011/12. Aku tak pernah tau pun pasal dah tak baca majalah remaja. 

Tapi one fine day tu aku tertengok scene dia tenung Nelydia dalam Cinta Jannah, terus rasa nak lukis dia jadi AL (RIC) sampai nak tersasul sebut nama dia Fattah Al Amin... hehe. Aku tak follow pun cerita Cinta Jannah tu.

Korang semua, jangan ingat aku main rembat aje ye lukis muka dia ni. Gigih aku cari Fattah ni kat FB. Tebalkan muka mintak izin nak lukis... almaklumlah dia kan artis popular... aku ni pengarang bilis aje yang syok sendiri tulis cerita kat blog, lepas ambil keputusan bersara dari penulisan mainstream. 

Fattah Amin sangat easy going dan bagi izin aku lukis muka dia. (^,^)\m/
Fuhh! Lega... aku bertambah suka sebab muka dia ni, hensem berubah-rubah. Kejap nampak matang, kejap nampak childish, kejap nampak garang. Sesuai dengan Al yang banyak karektor. 

Jadi, selamat membaca... harap terhibur... tapi kalau ada mana-mana yang korang tak berkenan tu, harap maafkan. Sebab Al ni tak sempurna. Dia jenis insane sikit kadang²... dan bear in mind, aku tak ikut undang-undang penulisan langsung. Ini cuma cerita syok sendiri... \m/ (^,^)\m/



 Fattah real tak pakai braces... Al dalam RIC aje... :)
 __________________________________________________________

Gambaq cam haremmm!”

Aku angkat muka, pandang Rozan. Kenapa pulak mamat ni menyumpah sambil tengok handphone. Siap buat muka berkerut-kerut.

“Apahal kau ni? Kau tengok gambar apa tu?” Aku menyeringai, tahan ngilu masa mengunyah. Liatlah pulak roti canai ni. Gigi aku dahlah sakit, baru tukar dawai tebal semalam. Tapi tak macho la mintak makan bubur!

“Aku duk tengok instagram awek hang. Hang mereng ka apa bergambaq dengan dia lagu ni?” Rozan suakan skrin handphone dia ke depan muka aku.

Oh...rupa-rupanya Rozan tengok gambar-gambar aku masa bercuti kat Pulau Sipadan dengan Sharifah Rania hujung minggu baru ni. Gambar yang dia tunjuk tu, kami tengah berlaga mulut berlatarkan matahari terbenam. Feeling-feeling romantik macam mat salleh.

Aku sengih macam tak buat salah apa-apa. “Siapa suruh kau tengok? Kan dah sakit mata...”

“Aku niat bukak insta Rania ni pasai aku nak tengok cantik setagha mana Sipadan ni. Kutla buleh honeymoon dengan bini aku lepaih menikah nanti. Tapi kejadahlah hampa ni... memang carik nahas sunggohla... Ni aku berani bet dengan hang, mak hang mesti kena sakit jantung tengok anak jantan dia jadi lagu ni. Silap-silap dia mai Semenanjung malam ni jugak nak jumpak hang.”

“Aku nak buat macam mana? Dah Rania suka sangat kat besi pada gigi aku ni. Dia nak bergambar sangat macam tu, aku ikut ajelah...”


"Pungkoq hanglah! Public ni woi... awek hang ni tak gheti tekan butang private ka apa? Ka saja nak tayang body sepapan dia tu?" Rozan tayang muka mencemek sambil menjauhkan telefon. Macam jijik benar dia tengok gambar Rania.

"Kau... menangis Rania kalau dengar kau cakap macam tu." Padahal aku nak tergelak, nak mengiyakan.

"Masalahnya aku habaq kat hang... dah memang body dia sepapan... sekali tengok dah macam Paris Hilton. Itu aku tak paham dengan hang ni. Otak kemain biru kuning, tapi last-last awek hang? Tara ni saja? Nasik lemak lima kupang, bumper flat. Apa benefit hang dapat aku pun tatau la." Rozan betul-betul memperlecehkan Rania.

"Ala... bolehlah dari tak ada langsung. Aku amalkan konsep, bersyukur dengan apa yang ada..." Aku malas nak ambil pusing apa Rozan cakapkan.

"Bersyukur konon. Nampak awek cun, hang pandang tak berkelip jugak. Suka hati hanglah. Kut hang yang saja nak tayang muscle ni?" Rozan menuduh. Pandang aku dengan mata memicing.

Terus aku tegakkan badan. "Huih... agak-agaklah! Apahal pulak aku nak tayang muscle? Kalau aku nak menayang, baik aku buat akaun instagram sendiri. Ini, akaun instagram pun menumpang si Rania..."

"Mana nak tau hang... hang tu mereng. Kut hang saja nak bagi awek lain berlenja tengok badan hang ka... kut hang nak kumpui like seghata donia ka... "

"Menyayat hati sungguhlah tuduhan kau tu, bro!" Aku tak terkomen dah. Sengih ajelah.  

Dak la... kut ya pun hampa nak bergambaq, tak buleh ka bergambaq senonoh sikit? Dah seghupa omputih sesat mana dah hampa ni. Baik hang suruh awek hang tutup dada dengan anu dia tu dengan kulit siput ja...! Hang tu, baik ambik tempurung kelapa buat tutup anu hang! Takpun hampa berdogiang teruih.
Elok hampa ni duk zaman paleolitiklah!” Rozan geleng-geleng kepala.

Tak ayal, aku gelak terkekeh-kekeh mendengar bebelan Rozan. Memang tak ada ampun mulut dia ni. Tapi sikit pun aku tak ambil hati. Dia memang macam tu. Kalau membebel, mengalahkan mak nenek. Sebab tu aku suka berkawan dengan dia sampai sekarang ni.

Hang gelaklah! Aku ni kan Al... hang tau dak, sebelah tangan aku ni...” Rozan angkat tangan kanan. “...masih duk mendoakan hang selalu, baliklah ke pangkal jalan. Sebelah tangan ni pulak...” Rozan angkat tangan kiri pulak. “...aku rasa nak bedai hang!” 
"Mak aku pun tak pernah bedai aku..." Aku ketawa mengejek.
"Tu pasai hang jadi lagu ni... ikut suka kepala hang saja nak buat apa pun."

Aku sengih tapi perhatian aku mula teralih dari Rozan. Mata aku dah menangkap satu subjek,  yang secara mendadak menyalakan tanda dalam kepala aku. 

Sasaran mata aku adalah seorang gadis yang baru duduk dengan seorang kawan perempuan dia, di meja luar berhampiran tiang. Dengan potongan rambut berombak melepasi bahu, jeans straight cut dan blouse chiffon berbunga warna oren, membuatkan gadis itu kelihatan sangat mencelak. Pakaian gadis itu taklah seksi mana pun tapi dasar otak nakal aku, tengok perempuan cantik berjubah pun aku boleh bervisual yang bukan-bukan!

Sekarang ni dalam kepala aku dah muncul satu scoring board. Benda ni memang akan automatik muncul setiap kali aku pandang awek yang ada magnet dengan mata aku;

Tinggi : Standard tapi lampai macam Nina Dobrev
Bikini body: Seksi macam Kelly Brooke
Kulit : Gebu macam Han Ga In
Kenes mode : Wild Wild West!

“Hoi!” Rozan menjerkah. 

Barulah aku jejak kembali ke bumi nyata. “Apa?”

Hang tengok apa? Dari tadi mata hang liar sungguh. Takkanlah hang tengok mamak yang tengah goreng ayam tu kut?” Rozan bertanya hairan. Siap dia memanjangkan leher ke arah mamak yang sedang menggoreng di dapur mudah alih dekat pintu masuk restoran. Salah target dia ni.

“Tu… kau tengok tu… kurang lebih 10 darjah dari sini.” Aku memberi isyarat mata tepat ke sasaran. 

Rozan pun menoleh ke belakang. Tapi Rozan cepat-cepat melarikan pandangan apabila gadis itu tiba-tiba angkat muka dan merenung ke arah kami. 
Phewww tajam gila… rasa macam kena tikam habaq hang!!”

Aku senyum aje tapi mata masih tak lepas pandang si gadis itu. Rozan pun macam tak dapat nak kawal diri, siap menoleh sekali lagi. Well... mata aku tak pernah salah menilai perempuan cantik luar dan dalam... cuma nasib aku aje dapat awek sepapan (bak kata Rozan) macam Rania.

“Fuh! Sumpah, comei macam Barbie Doll! Gebu gila macam perempuan Siam!” puji Rozan  sambil menaikkan dua ibu jarinya. 

Aku tersengih mendengarnya. Gatal jugak dia rupanya. Cakap kat aku bukan main lagi. Kalau dah namanya lelaki, mana boleh tak toleh kalau nampak perempuan cantik, ye tak? 

“Rupa-rupanya besar hikmah kau pindah sini ye? Aku rasa lepas ni, hari-hari aku nak datang lepak rumah kau…” Aku tiba-tiba merasakan satu keindahan.

“Eh? Pesaipa pulak?” Rozan dah berkerut dahi pandang aku.

“Yelah... awek tu datang makan kat restoran ni, mesti dia duduk dekat-dekat sini aje, kan?” Aku senyum nakal sambil jungkit-jungkit kening. 

Rozan pantas berseru. “Wooo! No, no, no!” Rozan menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Al berkali-kali. “Ingat sikit, hang tu dah ada girlfriend…”

So? Aku tak boleh cari spare part? Kahwin pun ada kuota empat, tau? Ini kan pulak soal couple. Aku nak sahut seruan, awek keliling pinggang! The more the merrier! Hahaha!”

Gurauan aku tu dah membuatkan Rozan berdecak sambil menggeleng kepala. “Otak hang memang gelonglah Al! Rupa kemain macam budak mengaji pondok. Tapi orang tatau yang hang ni memang buaya bujang senang!”

Aku tergelak senang. “Hahaha… betul tu. Ini original, Sarawak mari tau!” Tak marah, tapi siap mengaku lagi ada.

Rozan geleng-geleng kepala lagi. “Sebenaqnya, hang ni nak menikah ke dak dengan si Rania tu?” tanya Rozan tiba-tiba. 
Soalan yang buat aku rasa lemas perut. Buat aku pening.
“Entahlah… kalau ada jodoh, kahwinlah kut aku dengan dia…” Aku bagi jawapan mudah – sekadar melepas batuk di tangga. 

“Dah selalu bokpi cuti bersama, dah selalu tengok luaq dalam, takkan hang masih tak yakin lagi nak menikah, kut? Apa kurangnya dia?” tegur Rozan separa menyindir. 

“Sebab dah selalu tengok luar dalamlah yang buat aku tak ingat nak menikah dengan dia. Barang senang dapat, buat apa pening kepala fikir nak menikah? Tekan suis aje terus ‘on’! Barang free bro!” Aku jawab dengan muka selamba.

“Astaga!” Rozan tepuk dahi. “Hang ni… cakap macam tak ingat dosa saja! Kena sakit kelamin satgi, baghu padan muka hang! Jam tu baru hang gheyau nak ingat Tuhan kut!” 

Terbelalak mata bila dengar sumpahan Rozan. “Hoi! Mintak simpang malaikat 44! Kau pun… agak-agaklah bila bercakap. Aku tak amalkan seks bebas tau! Lagipun aku sentiasa pakai baju hujanlah!”
"Isk... pakai baju hujan ka, payung ka, pasang firewall ka... masalahnya, dosa tetap dosa...!"
Aku no komen. Terus tak nak pandang muka Rozan. Menusuk jugak dalam hati ni bila kenangkan bab dosa. Tapi aku tak nak tunjuk sangat depan Rozan.  

Rozan menggeleng kepala. “Isk, sampai bila hang nak hidup lagu tu? Bertaubatlah, Al... sementagha nyawa hang masih dikandung badan… Sebagai kawan baik, aku memang perihatin terhadap kehidupan sosial hang yang sangat menyimpang dari landasan agama.  Aku kenai hang lama dah... aku takmo la tengok hang teruih hanyut. Aku ghasa hang kena putuihkan hubungan hang dengan Rania tu. Betui oghang duk habaq, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Tapi aku ghasa dalam kes hang ni, hang perlukan perempuan yang  baik untuk handle hang... bukan perempuan meghenyeh macam Rania tu."

Aku mengecilkan mata. Kemudian tersandar di kerusi sambil menggigit ibu jari tangan kanan. Lama aku terdiam pura-pura macam sedang cuba mencerna nasihat Rozan. Tak ada maknanya aku nak marah Rozan sebab dari dulu, sejak dari zaman kami sama-sama belajar di UTM, dia memang suka bagi nasihat macam-macam kat aku. Dia kawan aku waktu susah dan senang. The one and only. Cuma aku aje yang kadang-kadang degil.

Kemudian, aku tegakkan tubuh, pandang Rozan dengan saksama. Rozan pun bersikap serius, tunjuk minat nak dengar apa yang bakal aku nak cakap.

“Okey, aku akan bertaubat…” Aku mengangkat tangan membuat ikrar. 

“Alhamdulillah…!” seru Rozan seraya menyapu tangan ke muka dia tanda kesyukuran.

Tetapi aku sambung lagi ayat aku, “Itu pun kalau aku berjaya dapatkan awek Barbie doll tadi!” 

Kali ini Rozan menepuk dahi. “Astaga! Hang memang gatai! Aku duk pikiaq hang dah insaf! Ghupanya hang nak masuk jarum lain pulak dah! Heee… nasib baiklah hang ni kawan aku tau! Kalau dak, aku luku-luku kepala hang tu!” 

Aku ketawa terkekeh-kekeh tengok muka stress Rozan terkena dengan kenakalan aku. “Rileks la bro, yang kau serius sangat ni kenapa?”

Hang tu, benda serius lagu tu pun hang buleh buat lawak pulak…!” getus Rozan geram, siap menaikkan jari hantu. 

Aku terus ketawa senang. Tapi tak lama lepas tu, aku tarik muka serius. “Tapi kan… aku rasa macam pernah tengoklah muka awek tu…” Mata aku halakan semula pandangan pada awek Barbie doll tu. Renung dia tak nak lepas walaupun dia makan tak angkat muka.

“Kat mana?”

“Entah… aku pun tak ingat!”

“Ah! Ayat bapak ghandok macam hang, memang lagu tu! Semua awek hang cakap pernah tengok! Basi dah!” Rozan pura-pura mencemuh.

“Sungguh ni… aku tak tipu… muka dia familiar… tapi payah la nak ingat kat mana.” Aku mengetuk-ngetuk dahi, cuba menguak memori bagi mengingati kat mana aku pernah bertemu dengan awek tu. 

Rozan cepat-cepat mengibaskan tangan ke depan muka aku. “Sudahlah… jom blah… tadi kata nak temankan aku caghi barang rumah kat Ikea.”

Tanpa banyak soal, aku bangun. Memang tujuan aku datang ke Kota Permai ni sebab dah janji nak temankan Rozan cari barang keperluan rumah. Rozan baru aje beli apartment second hand kat kawasan ni. Kata Rozan sebagai persediaan sebelum dia menikah dengan tunangnya tahun hadapan.

Hmmm… Rozan dah ready nak menikah. Aku bila lagi ya? Rania tak pernah pun serius bila aku ajak dia kahwin. Nak enjoylah...takut beranak lah...*tepuk dahi...

Aku mengeluh dalam hati memikirkan masa depannya dengan Rania yang tak tentu arah. 

Tapi waktu keluar restoran, mata aku sempat pandang sekali lalu pada awek tadi. Malangnya, dia pandang aku pun tidak. Kawan dia pulak yang beriya senyum-senyum kat aku. 

Haihhh...

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Ni cite Al bdk sarawak tu kan kak..sat g mak dia tpon...hahaha

    ReplyDelete
  2. Ah ah yang... ni akak tukar jadi POV1... baru dapat semangat nak sambung balik... hehe

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaa...utagha maiiii...syokkk baca..lama tak dengaq bahasa utagha..hahaha...

    ReplyDelete
  4. Hurmmm... Lama tak bukak blog... Tetengok akak update yg ni... Kite punye la nantikan guy next door tu... Pastu scroll bawah, nampak banyak je posting pasal guy next door... Tapi page not found... Akak hide ke?? Camne nk tgk... Nnt ade kuar novel ke?? Sy ni main lompat2 blog je... Sbb bz sangat bulan lepas2 so lamaaa sangat tak bukak blog :(

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhhhh best nyerrrrrrrrrrrrrr citeeeeeeeeeeeeeee niiiiiiiiiiii.

    ReplyDelete
  6. terbaiklah rozan... like bahagian rozan kondem bodyshape rania... sakit perut cheq gelak tau dak?? seb bek dak tepuk2 lantai... kikikiki

    ReplyDelete
  7. best dah rasa teruja baca,

    ReplyDelete
  8. Al beza 180 darjah dari Adam, tapi karakter dia menarik, dalam boleh nak gelakkan awek sendiri, dia masih ada rasa tanggungjawab nak nikah dgn Rania dan juga masih terdetik rasa berdosa (there is hope for him). Tapi Has rasa nak join Rozan bantai si Al ni. Tak boleh tampar, piat telinga pun cukup hahaha.
    Rose rasanya ada typo error "terus tak nak pandang muka Al" sepatutnya "terus tak nak pandang muka Rozan" kan

    ReplyDelete
  9. Oh..ok2...tggu next n3

    ReplyDelete