Jan 18, 2017

CANTIKNYA PATUNG ITU/ MANNEQUIN ITU BERNYAWA

BY Rose Harissa IN , , 2 comments



(Cerita lama yang saya tulis untuk majalah APO? menggunakan tajuk 'CANTIKNYA PATUNG ITU' terbit dalam APO? #108.

Kemudian saya masukkan dalam buku handmade Dari Zon Angker Vol. 1 menggunakan tajuk  "MANNEQUIN ITU BERNYAWA..."
Dan... mohon jangan tanya pasal buku tu lagi... dah tak larat nak buat lagi... jenuh oii... nak bind sendiri secara manual 😂😂😂... (saja tempek kat blog ni setelah sekian lama bersawang...)

///================================================///


Hari ini Leon agak lewat bangun dari tidur. Sedar-sedar jam di dinding sudah menunjukkan hampir jam sembilan pagi. Bergegas Leonza bangun menuju ke bilik air.

“Alamak! Kalau dah lambat camni, tak dapatlah nak jumpa Cinta lama sikit…” Rungutnya sendirian sambil kelam kabut menyarungkan baju dan seluar ke badan.

Leon berlari menuruni anak tangga rumah kedai yang didiaminya. Dia berlari tergopoh-gapah seperti mengejar sesuatu.

Akhirnya Leon berhenti di hadapan sebuah kedai pakaian lama. Kedai itu kelihatan agak antik dengan sebahagian daripada fasadnya ditutup dengan cermin jernih. Di situ pemilik kedai mempamerkan beberapa helai pakaian dan barangan hiasan lama.

Tetapi bukan itu semua yang menarik perhatian Leon.

Sejak hampir sebulan yang lalu, setiap hari sebelum ke tempat kerja, Leon pasti singgah seketika di hadapan kedai tersebut. Tujuannya hanya satu, menatap patung wanita yang juga dipamerkan melalui cermin jernih tersebut!

Leon tidak peduli akan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai tersebut memandangnya kehairanan kerana terlalu asyik menatap hanya sebuah patung!

Leon masih ingat ketika pertama kali melintas di hadapan kedai tesebut, dia terhenti apabila terlihat patung wanita tersebut.

“Cantiknya patung ni…!”

Itulah ayat yang terkeluar dari mulutnya secara spontan. Dia terpesona melihat keindahan patung tersebut. Raut mukanya kelihatan hidup. Rambutnya kelihatan lembut seperti bulu jagung. Bentuk badannya juga menarik. Sungguh jelita dan memikat.Kalaulah wujud wanita seperti itu, pasti Leon orang pertama yang memikatnya.

Apek tua tuan punya kedai tersebut hanya tersenyum melihat gelagatnya, yang ternganga melihat sebuah patung umpama melihat wanita jelita turun dari kayangan!

Sejak dari hari itu, Leon tidak pernah lupa untuk singgah menatap patung tersebut. Sejak dari hari itu juga Leon menamakan sendiri patung tersebut dengan nama Cinta, kerana dia merasakan bahawa telah jatuh cinta terhadap patung tersebut.

Apa yang membuatkan Leon merasakan Cinta tidak seperti patung-patung yang biasa kerana setiap hari ada sahaja gayanya yang berlainan.

“Ooo... ini patung manyak spesel punya. Beijing mali! Lia punya balan manyak lembut. Itu pasat lu tingok lia hali-hali muleh tukar macam gaya!” Jawab si Apek apabila Leon bertanyakan tentang gaya Cinta yang pelbagai. Tidak seperti kebanyakkan patung hiasan lain yang keras dan jelas kelihatan plastik.

“Ah, hari ini Cinta pakai kebaya nyonya merah. Cantiknya..! Sesuai dengan kulit putih Cinta!”

Setiap kali Leon menuturkan kata-kata, dia merasakan Cinta benar-benar sedang tersenyum sambil merenungnya manja. Leon betul-betul angau terhadap Cinta.

“Cinta memang cantik. Cinta pakai apa pun, Cinta tetap nampak ayu dan menawan.” Leon sudah tidak peduli dengan orang ramai yang berbisik-bisik sesama sendiri melihat gelagatnya bercakap sendirian dengan patung wanita tersebut.

Pernah seorang lelaki bertanya kepadanya, “Apsal awak asyik sangat tengok patung tu?”

“Dia cantik! Tengoklah gaya dia tu. Perempuan hidup pun bukan ada macam dia…!” Jawab Leon sambil matanya tidak lepas memandang Cinta.

“Gila!” Lelaki itu berlalu pergi.

Sedang Leon masih asyik menatap Cinta.

“Biarlah apa orang lain nak kata. Yang penting hanya aku yang memahami Cinta,” ucapnya dan disambut ‘senyuman’ Cinta!

Semakin lama Leon merasakan Cinta benar-benar ‘hidup’. Setiap kali dia berkata-kata, senyuman Cinta kelihatan semakin mekar. Leon merasakan Cinta benar-benar dapat mendengar setiap apa yang dibicarakannya.

Dan ianya membuatkan Leon merasakan Cinta adalah wanita idaman yang dicarinya selama ini. Semakin hari Leon semakin ‘gilakan’ Cinta. Tidak pernah dianggapnya Cinta hanyalah sebuah patung yang dipakaikan pakaian cantik.

Baginya Cinta wujud! Cuma tidak dapat membalas bicaranya.

Leon semakin yakin bahawa suatu hari nanti Cinta pasti menyahut perbualannya. Keyakinan ini membuatkan Leon semakin tenggelam dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Perbualannya dengan Cinta semakin panjang.

“Cinta semakin cantik…” puji Leon.

Kelihatan pipi Cinta tiba-tiba berubah kemerah-merahan.

“Eh? Cinta malu? Janganlah malu dengan abang. Kita kan dah biasa macam ni…”

Senyum Cinta makin manis.

Aiyah..! Lu mali masuk lalam la… Sulah satu mulan lu ini macam cakap sama ini patung. Olang tingok pun talak syiok. Selupa lu sulah macam olang gila ooo!” Si Apek memanggilnya masuk ke dalam kedai, mengejutkan Leon dari khayalannya.

Leon tersengih sambil menggaru-garu kepalanya mendengar pelawaan si Apek.

Lu muleh masuk lalam maaa... Lu luar luluk, itu macam cakap, selupa olang gila lorrr..!”

“Sorilah Apek. Wa cuma suka ini Cinta. Kalaulah dia hidup... wa amik dia jadi wa punya bini!” kata Leon penuh yakin sambil mengerling ke arah Cinta.

“Aiyaaa! Lu sulah taruk lia nama Cinta ka? Lu betui suka cakap sama lia ka?”

“Err... sorilah Apek. Itu nama gua sendiri taruk... pasal takkan gua nak panggil dia patung aje kut bila bercakap dengan dia.”

Apek itu tiba-tiba geleng-geleng kepala sambil tepuk dahi berkali-kali. “Haiyaa... Itu pasat lia talak mau cakap sama lu. Pasal lu mukan panggil lia punya nama metul maaa!…”

“Hah..? Dia ada nama ka Apek? Kalau gua panggil dia punya nama, dia mau cakap sama gua ka?” Tanya Leon sungguh-sungguh penuh harapan.

Betui… wa pun ala selalu cakap-cakap sama lia juga. Wa sangat sayang lia. Kalau lu sayang lia jugak... lu muleh panggil lia punya nama Annchi... maksudnya bilalari (bidadari) cantik... Lu panggil lia Annchi, lia musti suka sama lu..!”

“Betul ka ni Apek? Apa, selama ni, memang dia boleh bercakap ke?” Leon sungguh teruja mendengar penjelasan si Apek.

Metui…wa sulah jaga lia sulah 30 taun woo... Sikalang lu cakap la sama lia. Wa pigi bikin kopi untuk lu olang.” Si Apek berlalu masuk ke bilik belakang.

Leon menarik nafas panjang dan kembali menghadap Cinta. Berdebar-debar rasanya mahu memulakan bicara.

“Err… mulai hari ni aku takkan panggil kau Cinta lagi. Aku panggil kau Annchi ye..?” Leon terkejut apabila melihat Annchi mengerdipkan matanya.

“Annchi! Kau betul-betul dapat dengar apa aku cakap?” Leon semakin ghairah dengan perubahan mendadak itu.

“Annchi! Aku sukakan kau dari hari pertama aku lihat kau di sini. Kalaulah kau betul-betul hidup, aku rela hidup bersama kau selamanya!” Leon meluahkan perasaannya.

Patung yang bernama Annchi itu kelihatan mengukir senyuman lalu memandang Leon.

Leon tergamam melihat senyuman yang nyata itu. Tambah terkesima apabila melihat patung yang selama ini kaku ketika dia berbicara, kini mula menggerakkan badannya perlahan-lahan. Leon tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya. Terkejut, gembira, namun ada rasa sedikit gementar.

“Selama ini aku dapat dengar setiap yang kau katakan. Cuma aku tak dapat membalasnya kerana kau telah salah memanggil namaku. Hari ini dapat juga aku bersuara. Kalau Ate’ tak tolong kau panggil namaku dengan betul, tentu aku tak dapat bergerak hari ini. Selepas ini kita akan bersama selamanya sepertimana yang pernah kau janjikan padaku...”

Leon ternganga mendengar tutur kata Annchi. Dia seolah-olah terpukau apabila merenung ke dalam bola mata Annchi yang jernih umpama berlian.

Annchi menghulurkan tangannya.

Tanpa berfikir panjang, Leon menyambutnya. Terasa lembut dan dingin seperti ais jari jemari Annchi. Dan Leon juga merasakan kedinginan itu terus meresap keseluruh tubuhnya!

“Annchi sikalang sulah mahagia ya... Ate’ manyak suka. 30 tahun Annchi seolang dili. Sikalang Annchi sulah lapat lokong. Ate’ muleh rehat sikijap la… Bila Annchi sulah lapat anak, kita muleh malik moyang punya timpat…” Si Apek berkata-kata sendirian sambil melipat pakaian yang baru dijahitnya.

Sekali sekala dia menjeling ke arah patung Annchi yang lengkap berpakaian pengantin Cina zaman dahulukala. Di sisi Annchi, berdiri pasangannya, sebuah patung lelaki! Dan tiada sesiapa pun sedar bahawa itulah Leon yang dilaporkan hilang tanpa jejak sejak beberapa hari lepas.

Di luar cermin, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki lingkungan 3 tahun asyik menatap mereka berdua sambil bercakap sendirian...

Ketika itu tiada siapa pun perasan Annchi sedang mengukir senyuman penuh makna ke arah budak itu!

(NORA for APO?)
5 May, 2003, 12:03:26 PM

Jun 9, 2016

Nasib pengkarya bilis...

BY Rose Harissa IN , No comments

13330937_1197051986996268_6072251511651278669_n
Sama tak?

Waktu saya tertengok montaj ni kat tv saya blur macam dejavu bila tgk kartun tu. Sekali anak saya jerit,

"Eh? Tu bukan kartun mama lukis masa Ik sunat ke?"
Haaa...berderau darah saya. Ye sungguh... patutlah rasa macam pernah tengok sebab saya lukis kisah Ik kena sunat klamp kat blog (https://romanfiksi.wordpress.com/2015/01/29/sunat-smart-klamp/). Depa trace balik, tukar corak kain pelekat dan tanpa tona kulit je. Dahlah cerita pun pasal sunat. Apalah nasib RH...😭😭

Tak sangka blog sendu saya tu pun diperhatikan orang TV ye.

Marah? Tak... bukan marah tapi lebih kepada rasa meluat dan menyampah dan membebel - apa ni? kartun cincai aku lukis pasal anak aku pun orang nak tiru ke?
Nampak tak, macam mana saya tak fedap nak berkongsi karya di blog? :D

*peace, no war... (^_^)\m/
========================

Status di atas saya tulis di FB sekadar berkongsi... untuk menunjukkan betapa lelahnya saya dengan perangai orang suka curi idea saya...

Dah terang lagi jelas blog saya ni, saya dapatkan endorsement berbayar dari lawyer untuk surat:WARNING NOTICE FOR INFRINGEMENT UNDER COPYRIGHT ACTS 1987.

Tapi waktu tu, tak tahu kenapa saya dapat tahu tindakan saya tu, jadi bahan joke di kalangan sesetengah orang. Ada pula yang senang-senang menangguk di air yang keruh,  copy paste + edit kandungan surat tersebut, letak di blog sendiri. Makin buat saya 'lelah' dan malas nak bersuara lagi. Berjuang untuk hak sendiri pun diperlekehkan orang...

Tak apalah...

Mana nak tahu, dalam tempoh mendiamkan diri dari socmed (social media), ternampak pula kartun di atas dalam telemovie di TV9. Makin rasa lelah...

Ramai yang suruh saya saman... ada yang kata saya tak boleh buat apa-apa kalau tak daftar kat Myipo. Aduhai dik... nak daftar kat Myipo tu, satu artwork beribu riban dik... dan itu kalau nak buat meniaga besar-besar atau ada company macam MOY tu memanglah berbaloi sebab menjual design dan mendapat keuntungan.

Macam saya ni, sekadar berkarya di blog secara percuma... lukis suka-suka... cukuplah setakat endorsed surat lawyer untuk hakcipta. Tapi dah kalau orang produksi TV pun tak hormat undang-undang tu, dan copy karya pengarang dan illustrator bilis macam saya ni, apatah lagi orang lain yang suka stalk, kan?

Kecewa pun ye jugak... dan tertanya, apa payahnya diorang ni emel saya, tanya secara baik, mintak izin nak guna... tak payah sesusah trace... sebab bukan sekali dua saya bagi dan buat lukisan free dan cerpen free untuk orang lain publish... cuma saya bukan jenis suka up atau pukul canang atau tag sana -sini.

Bukan saya tak nak ambil tindakan... tapi sebab saya dah sampai tahap penat, dan share pasal ni supaya orang yang selalu tunggu karya saya faham kenapa saya dah tak up karya baru.

Bukan sekali dua kena macam ni... dah banyak kali... dulu pernah orang ambil lukisan saya, padam signature saya dan letak nama dia. Bila saya tegur, katanya tak perasan itu lukisan saya... my goshhhh... sebesar alam signature aku, kau kata tak nampak... haihh...

Tu belum dengan cerita-cerita saya di APO? yang orang kembangkan jadi novel dan drama TV...

Mentang-mentanglah saya tak ada segerombolan asoka yang boleh jadi my keyboard warriors.

Sampaikan saya selalu tertanya, why must me?

Mentang-mentang saya tak 'popiler' ek?

Tayang lukisan Dennis Oh pun kena bash... lukis muka Ananda Everingham yang terkini pun kena sound curi hero orang... lukis balik Ben Barnes, Brandon Routh...dikata sama dengan hero orang tu orang ni... berderet dapat mesej peringatan that actor was another writer's favorite... like saya baru kenal siapa pelakon-pelakon tu melalui novel sekian sekian... haih... padahal saya dah lukis lama dah... dari zaman hingusan kat Alaf lagi.

Saya ni jenis suka cari gambar hero dulu, lukis dan baru kembangkan cerita. Kadang orang tak berapa kenal pun siapa pelakon tu, lagi saya suka lukis. Tinggal lagi zaman saya dulu, facebook belum berkembang pesat dan kena pulak saya ni bukan jenis palu kompang up karya dan lukisan yang sama berkali-kali. Siapa yang tahu, tahulah...yang tak tahu, tak kenal, jangan tuduh saya macam-macam.

Dan tahu kenapa saya lagi suka melukis, tak guna gambar betul? Sebab guna gambar betul sebenarnya melanggar hakcipta. Sebab tu kalau guna pun gambar betul, saya akan cuba sedaya upaya letak kredit.

The fact is, saya tak suka bergaduh... tapi bila selalu sangat orang serang, umpat, curi, copy, meniru... letih oii... saya tak mintak pun disanjung... saya cuma nak berkarya, melukis untuk orang yang suka baca dan suka tengok lukisan saya. Dan saya ni bukan jenis berkira sangat kalau orang mintak izin dengan cara yang betul.

Kepada yang meluat baca luahan saya ni dan terasa nak buat jokes... tak mengapa, anda tak berada di tempat saya, bukan tangan anda yang melukis dan menaip, jadi anda takkan rasa betapa lelahnya...dan kecewanya... bila orang tak hormat hasil kerja kita...

Sekian...

Jan 29, 2015

SUNAT SMART KLAMP

BY Rose Harissa IN , , , , 42 comments

Sebenarnya ni entri tertangguh. Kisah apa yang berlaku sepanjang cuti sekolah lepas. Di mana saya stress nak mengejar deadline manuskrip (saya ni paling takut kalau mungkir janji dengan editor... :D).

Tapi kerana komitment pada anak, memang kali ni saya terlewat hantar sebulan! Memang bera jugaklah muka I... haihhhh...

Berbalik cerita Ik sunat, setelah dah nak naik darjah lima, setelah dalam kelas cuma tinggal dia dua orang yang belum bersunat, Ik akhirnya terbuka hati nak bersunat. Sebelum ni saya sound dia, tak guna kau bersunat kalau malas mengaji, solat pun tak reti. Besok kahwin nak tanggung anak bini macam mana?

Sebelum saya memulakan cerita ni, tolong ya jangan anggap bukan-bukan. Saya eager nak share dengan ibu-ibu yang duk rumah, kena jaga anak lelaki bersunat by your own. Yelah... takkan nak tunggu suami balik kerja uruskan anak tu, ye dak? 'Berkarat'lah budak tu...

Dan, gambarajah dalam entri ni semua saya lukis sendiri. Jangan tuduh saya nak melucah pulak. Sebab sepanjang saya jaga anak saya sendiri ni, banyak yang saya belajar dari anak saya. Pengalaman tu, memang buat saya lega sebab rasa dah tunaikan tanggungjawab pada anak.

Bila saya tanya Ik, apsal nak sunat? (sebab saya ingat nak suruh dia sunat masa darjah enam). Dia kata, kawan-kawan dia kata, kalau tak sunat sekarang, nanti anu buta sampai ke tua.

Saya dengan suami geleng kepala. Bebudak sekarang, bukan main lagi sembang. Hakikatnya, memang kau punya buta, Ik oiii.

Maka, seminggu sebelum cuti sekolah bermula, saya call Poliklinik Shaik. Tarikh yang diorang open untuk sunat tak banyak, 3 kali aje dan guna teknik smart klamp. So, saya buat appointment 23hb. Nov. 2014 (Ahad) jam 8.30 pagi, suami saya bising gak, kenapa tak ambik tarikh 29hb sebab nak tunggu mak abah datang. Tapi hati mak-mak dalam jiwa saya ni, rasa lebih baik ambik hari yang paling awal, nanti apa-apa senang.

Saya mulalah buat research pasal smart klamp ni. Sebab I have no idea apa itu smart klamp. Dan cara jaga anak masa dalam pantang. Ada yang kata senang baik. Ada yang kata, pakai smart klamp boleh lasak-lasak.

Well... jangan cepat percaya. Bila saya dah alami, baru saya sedar, lain orang, lain pengalaman. Dan ini pengalaman saya...

Sehari sebelum sunat, Ik sakit matalah pulak. Eloklah dia naik pentas hari kecemerlangan sekolah, dengan mata bengkak merah. Malam tu bawak pergi klinik. Dapat ubat sapu dan ubat titis.


Hari Ahad tu, saya yang berdebar. Paksa suami dan Ik keluar rumah awal. Sebab saya ni, jenis biar sampai awal, jangan lewat dari janji. Nurse dah pesan, datang klinik terus pakaikan anak kain pelekat. Lepas breakfast, sampai klinik lagi lima minit 8.30 pagi, bila tengok tak ada orang, roller shutter bukak separuh aje. Apalagi, suami dah menjeling. Siap sindir cakap "Dah cakap, tak guna datang awal. Tengok, klinik tak bukak lagi! Degil!" Wooo... mak sentap jap. Malas nak bertekak, saya ajak Ik masuk ikut pintu yang bukak separuh tu. Sekali tengok dalam, dah ada orang. Nurse suruh naik tingkat dua. Sekali tengok, memang dah ramai orang. Dah mula pun acara sunatnya. Dah berkumandang suara meraung-raung. Hahahaa... mulalah muka Ik pucat.

Tak lama lepas tu, barulah suami saya naik dan muka dia bera je tengok ramai orang... hahaha... tu la... nak lawan menteri Pembangunan Wanita Keluarga... ehehe...
Masa nak menunggu giliran, puluh kali kejap dia ke bilik air. Asyik nak terkucil dengar bebudak meraung... apatah lagi bila tengok yang keluar bilik siap menangis teresak-esak.... hahaha...

So, saya dengan suami pesan,

"Kau jangan jadi macam budak tu! Buat malu aboh je!"

"Tolonglah Ik, jangan nak meraung. Malulah kau taekwondo kalau sunat pun nak meraung. Dah pernah pecah papan kan? Mestilah tahan sakit."

"Maaa... pecah papan mana sakit. Ini nak potong tunit tau!" Ik dah kepit-kepit kaki. Dia ni saya perasan memang ada phantom feeling/pain kat situ kalau tengok orang jatuh terhantuk kat situ, dia yang seriau lebih. Sebab tu bila sparring, tangan dia asyiklah nak tutup kangkang... haihhh!

Bila dah nak sampai giliran, saya ajak suami masuk sekali. Sebab saya tengok, semuanya suami yang masuk, isteri tunggu luar. Mula-mula suami saya tak nak masuk. Biasalah dia ni... hati kering sikit... tak reti nak menunjukkan kasih sayang secara terbuka... heeee

Saya yang teruja nak tengok macam mana proses sunat tu. "Rugilah anak sorang tapi tak nak tengok..." Automatik suami bangun. See? Kuasa kata-kata seorang isteri... hehehe

Bila masuk, saya terkejut gak tengok nurse muda-muda dua orang. Haihh... maknanya diorang ni dah tengok macam ragam bentuk rupa dan warna... hahaha...

Saya berhajat nak rakam proses tu tapi Ik dah pegang dua-dua belah tangan saya. Suami peluk tubuh belakang saya. Tak lama lepas tu baru doktor lelaki tu masuk dengan dua tiga orang lagi nurse dari bilik sebelah. Wah, rupanya bergilir-gilir dia sunatkan budak. Kena suntik empat das. Dua pada testikal, dua lagi atas tundun. Ik dan melentingkan badan nak menangis.

Tak cakap banyak, doktor tu terus gentel 'tunit' Ik. Saya terbeliak biji mata tengok. Ditarik ke atas sehabis maksima mungkin lebihan kulit tu. Dikeluarkan kepala yang selama ni tersembunyi dalam kulit. Wah, Ik genggam tangan saya kuat-kuat. Mula mengerang sakit.

Doktor mark dengan marker pen keliling tempat nak potong. Bila potong, tak ada darah pun keluar keluar. Kagum sat tengok kecekapan doktor memotong dan pasang klamp.

Dan sepanjang proses tu, mujur Ik tak meraung. Cuma dia buat saya nak tergelak 'setan' bila dengar mulutnya tak berhenti sebut...

"Astaghfirullahhhh...Astaghfirullahhhh...Astaghfirullahhhh..."

Hahahahaha! Serius lawak! Baru kau ingat nak berzikir ye!

Tak sampai lima minit, siap! Keluar bilik, lagi sekali Ik buat lawak polos dan kitorang tergelak.

Sunat1
Saya semakin sedar yang banyak benda saya tak boleh nak sorok-sorok dari anak. Saya dengan suami kena cakap terus-terang sebab kami perasan banyak benda yang dia cerita dengar dari kawan yang tak betul.

Bayaran RM160 sekali dengan ubat. Lepas lima hari, kena datang balik bukak klamp.

Ubat yang dapat ubat tahan sakit, ubat bengkak, antibiotik dan ubat sapu. Sebijik ubat sakit mata yang Ik dapat. Dapat picagari jugak untuk cuci luka.

Ubat yang macam ubat mata tu kena sapu keliling kawasan kena kepit tu. Nanti perlahan-lahan ubat tu serap masuk dalam klamp dan kena bahagian luka. Mimpi ngeri datang bila malam pertama, Ik tak boleh tidur mengaduh sakit. Dah bagi ubat tahan sakit pun dia tetap menangis cakap sakit kat tempat kena potong tu. Aduhai... sudahnya saya tidur tak lena, kejap-kejap jaga bila dengar dia mengerang.

Masa nak jaga nilah yang paling kritikal bagi saya... uwaaaaa... setiap kali kencing, kena sumpit air dengan picagari ke dalam corong. Ik menangis cakap sakit. Saya pun rasa nak menangis sebab kalau tak cuci, nanti busuklah. Nasib baik mak kreatif, guna balik botol lama toner. Instead of sumpit, saya sembur. Ik kata tak sakit sangat. Bila nak keringkan pun satu hal. Nasib baiklah ilham datang, gulung tisu, dah hulur dalam corong sampai air semua terserap ke tisu.




Sunat3


Memang saya manjakan Ik. Siap mandikan. Kemain siap sental dengan Cathy Coo... kahkahkah...Punyalah nak anak bersih dan wangi. Setiap kali buang air tak kira kecik ke besar ke memang mak ler yang basuhkan. Demi nak pastikan luka tu bersih. Anak tunggal katakannn...

"Haihhh... nasib baiklah tak naik ketumbit mata mama ni asyik tengok tunit kau..."

"Tak apalah ma... kalau mama cucikan, bersih sikit..."

Sejuk sekejap dengar ayat anak.

Hari ketiga barulah mak abah saya sampai dari kampung. Adik-beradik berkumpul kat rumah kami. Bila dah ramai-ramai, mulalah Ik terliur tak nak pantang. Hatta nugget jenama Segaria yang bagi saya tak best langsung tu pun dia nampak sedap.

Bab makan, saya bakar ikan selar dan tenggiri. Nak cari haruan memang tak jumpa. Pelik sungguh,time nak, langsung tak ada, time tak nak, bersepah pulak. Kami bagi minum air gamat.

Tapi bab sakit tu tiga malam berturut-turutlah Ik mengaduh sakit waktu tidur. Maunya tak sakit, kalau tengah tidur pun, tunitnya 'membekang' (istilah kitorang untuk ereksi supaya Ik faham). Bayangkan, benda luka, ada klamp tapi bekang! Hoiii... giler sakit kut? Suami saya, cool je. Dia kata tak ada apa, siap bangga lagi anak dia 'membekang'.

Saya pulak stress tengok bengkak. Tapi lega sikit bila tengok ikut corong luka dah mula mengering.

Hari ke lima, pergi bukak klamp. Ingatkan doktor yang bukak, rupanya nurse perempuan. Haisehhh... nampak senang aje bukaknya tapi rupanya, mimpi ngeri bermula. Masa nurse potong klip tu, saya dah perasan, kulit melekat pada klamp.

Klamp dibukak, tinggal corong aje melekat kat hujung. Kata nurse, kalau dalam maa 24 jam corong tu tak jatuh sendiri, kena rendamkan dalam air sampai terbukak.

Masuk dalam kereta, Ik menggelisah, cakap gatal. Sampai tumbuk-tumbuk tempat duduk. Nasib baik pakai kain pelekat. Puluh kali kejap dia jenguk tengok. Tiba-tiba dia jerit.

"Maaaa!! Dah terbukak!!" Suara riang ria. Tapi lepas tu...

Sumpah, saya dengan suami tergelak terkekeh-kekeh dengar raungan Ik. Dia tunjukkan pada saya, memang nampak kecik. Ala... normal la kan... sebab benda tu macam tertarik ke dalam lepas corong jatuh. Tapi dia punya takut, sampai ulang kali tanya, boleh baik ke tak, nanti besar balik ke tidak. Well... nak kata apa? Budak lelaki umur 10 tahun ++ pun risau soal kejantanan dia, apatah lagi lelaki dewasa, kan? Padahal, anak saya bukan baca novel pun... *eh tetiba*

Lepas bukak klamp tu lah mimpi ngeri saya kembali lagi. Lagi dahsyat. Sebab baru nampak rupa-rupanya ada gap luka yang agak besar antara tempat potong dan kepala. Abah saya pesan kat Ik, jangan minum air banyak-banyak sekaligus, nanti bengkak. Tapi dia degil. Tak dengar cakap punya budak. Sudahnya memang bengkak.

Saya risau tengok nanah dan dan kuping-kuping. Bila suruh suami dan abah saya tengok, kata diorang, biasalah tu nak baik memang macam tu. Waaaaa... memang macam tu? Segitu ngerinya??? Abah kata memang lambat baik sikit sebab Ik punya buta. Bila keluar, sebab tu rasa ngilu kena kain, dan kadang berkuping sebab 'bogel' sudah.

Masa ni, waktu mandi, saya suruh Ik tekupkan dengan cawan plastik. Lepas siap mandikan baru saya sembur air sikit dan serap air dengan tisu.

Family saya balik semula ke kampung. Maka tinggallah saya berdua dengan Ik di rumah. Siang memang saya benarkan dia berbogel. Sebab nak bagi kena angin. Biar cepat kering. Bayangkan luka menganga. Sampai saya naik stress kena ulang cek tengok. Tanya dia sakit ke tak. Kata dia tak sakit. Bila suami balik kerja, dia tengok, kata okey. Tapi saya tak puas hati. Okey apanya kalau bengkak dah macam buah gajus!

Sunat4

Ik yang terpinga-pinga, tanya, "Ma... buah gajus tu apa?"

Saya pun capai handphone nak google gambar buah gajus, terus tunjuk pada Ik dengan senyum 'setan'.

"Mamaaaaa!!!" Dia berteriak, bengang saya kata tunit dia macam buah gajus! Tapi lepas tu dia sendiri tergelak sebab terpaksa mengiyakan mak dia yang bongek ni, memang lebih kurang aje bentuk buah tu dengan dia punya. Hahaha...

Hasilnya, barulah dia kontrol sikit minum air. Minum banyak kali, tapi sikit-sikit. Bukan sekali teguk habis segelas.

Tapi hati saya memang risau. Sampai saya call Kak Lily Haslina Nasir, tanya dia, "Beb... ada tak anak-anak lelaki kau yang sunat lambat baik? Yang pakai smart klamp?"

Kata dia ada. So, saya lega sikit. Tapi sekejap je. Masuk minggu ketiga tapi tak cantum-cantum lukanya. Tukar sapu dengan minyak gamat pun tak jalan! Minum air gamat dan dua botol pun tetap tak baik-baik. Saya tanya suami, sudahnya dia pun naik stress.

"Mana nak tau! Aku dulu, jahit. Lima hari dah pergi main bola!"

Sudahhhh! Otak kartun saya mula membayangkan teori itu. Ye tak ya, dulu-dulu, khatan luka terus jahit, so cepatlah baik. Ini bekas potong tu tak dijahit. Dibiar menganga lepas klamp dibukak! Suami pun merungut kata smart klamp ni susah baik, tak macam sunat zaman dia dulu... haihhh

Tak tahan, saya bawak Ik pergi klinik semula. Nurse kata, "Oh... normal ni kak. Tak ada apa ni. Ada jugak patient lain jadi macam ni. Akak kena cuci bersih-bersih nanah ni."

Saya tengok cara dia cuci. Sama aje macam saya cuci. Lepas tu dia panggil doktor. Seorang doktor mamak, yang sangat ceria dan happening, masuk. Serius baru tahu doktor kat sini kelakar.

"Normal ni puan. Good. Cantik... cuci kasi bersih saja. Tengok I buat."

Dan saya pun ternganga menyaksikan demo itu. Cuci yang dia maksudkan adalah... siat segala nanah dan kuping yang ada, sampai nampak kulit paling bawah. Haaaaaaa....! Berdarah pun tak apa katanya, janji semua nanah dan kuping, hatta nanah yang baru nak kering pun, buang semuanya. Lepas tu baru sapu ubat keliling luka. OMG! Saya tak tahulah sanggup buat ke tak kat rumah. Tapi doktor tu siap gentel dan picit lagi... wahduiiiiii!!

Doktor yang sunatkan Ik, masuk. Dia buat benda yang sama. Again dia kata good dan cantik! Haihhh... cantik mehhh macam tu?

Bila nak turun dari katil, doktor tepuk-tepuk punggung Ik suruh jalan dengan betul, jangan bongkok dan pesan jangan jalan mengengkang lagi. Buat macam biasa.
Kat rumah, saya buat macam doktor suruh. Memang berdarah dan saya yang menangis walaupun Ik kata tak sakit. Masa ni barulah saya terfikir nak cari pil haruan. Jumpalah pil Har-One ni. Tak apalah tak dapat makan ikan sebab pil ni pun sangat mujarab... RM28 ada 50 biji. Kalau tahu, awal-awal dah cari... sebab nampak, lepas bagi pil ni, lukanya mengering nanah kurang.

image_5Doktor pesan, jangan kasi benda tu terlentok. Bila nak tidur kena sendal kain kat bawah supaya anu tak terlentok dan 'patah'. In fact, dari Ik kecik (dari zaman pakai pampers saya akan park tunitnya menghala ke atas, ni petua my suami and my abah jugak demi kesempurnaan ' jagoan' :D)... Sebab tu saya pesan kat Ik, bila pakai underware, tarik, kasi parking ke atas supaya nanti tak lembik jatuh. Sampai la ni, habit dia, mesti akan betulkan parking, takut sangat terlentok jatuh bawah... heeee...

Tapi masa sunat, saya tak terfikir pun, sebab takut mengganggu luka.

So, bila doktor dah cakap macam tu, again, kekreatifan memaksa saya fikir alternatif lain. Instead of sendal dengan kain kasa kat bawah, saya buatkan anduh, lekat dengan masking tape.


Sunat5Bila siang, anduh tu saya biarkan terbuka bahagian atas. Menampung ia supaya tak jatuh bila berdiri. Bila malam, masih style anduh tapi saya bungkus silang supaya luka tak tergesek pada kain masa tidur dan tak payah gantung kain.

Sunat6Bila nak keluar pun saya buatkan anduh bungkus silang, pakai seluar longgar. Bila buka kain kasa tu memanglah melekat pada luka. Kena tuam dengan air suam nak bagi tanggal. Dalam dua tiga hari jugaklah setiap kali cuci, luka balik. Tapi nampak, gap tu makin rapat dan kain kasa tak melekat lagi lepas bangun tidur.

Lagi seminggu sepatutnya nak bukak sekolah, barulah luka sunat tu betul-betul bercantum.
Haihh... gilaa... sebulan cuti habis macam tu aje melayan budak sunat. Dan nasib baik jugak, cuti sekolah extended lagi seminggu sebab banjir.

Sampai la ni, sesekali, Ik akan suruh saya cek tengok dah okey ke belum. Memang dah okey sangatlah. 'Buah gajus' pun dah surut... dan dia kata, 'bekang' macam biasa. Hahaha...

Sepanjang jaga anak sunat, mandikan, makan bersuap, akhirnya kerja-kerja saya berterabur, FB Pages senyap. Saya cuma dapat taip manuskrip belah malam. Design jobs memang tak ambil langsung dah.

Sekali lagi saya harap tak ada yang salah faham baca dan tengok lukisan-lukisan dalam entri ni. Saya bukan nak mengajar tapi ini personal experience saya. Anak tunggal, so, saya dokumentasikan pengalaman ni supaya nanti dia dan isteri dia ada reference untuk anak-anak diorang pulak.
Sori sesangat kalau ada yang tak boleh terima keterbukaan entri ini, mahupun cara saya dan anak. Lain orang, lain cara ajar anak memasing. Apatah lagi sekarang ni, dengan adanya hukum kat Malaysia, anak tak boleh dirotan. Haihh...

Sekarang, bila dah sunat, saya berhentikan Ik mengaji, ambil alih tugas tersebut di rumah. Biar bonding ibu dan anak kuat sampai dewasa. Lagipun, anak sendiri, tak dapat rotan, boleh dijerit, pulas telinga kalau tak makan diajar. Pokoknya, bukan senang nak didik anak zaman sekarang ni.

Semoga, ada manfaat untuk ibu-ibu. Heeee... (^__^)\m/ <3

Jan 25, 2015

“ KORBAN PUAKA TASIK “

BY Rose Harissa IN , 1 comment

Cerita ni aku tulis pada 01/04/2004 untuk APO? tapi bila check balik dalam list senarai yang dah keluar, cerita ni tak pernah tersiar. Jadi aku tempek kat sini untuk korang baca.



“KORBAN PUAKA TASIK“

Tasik Chini sememangnya banyak menyimpan sejarah dan lagendanya tersendiri. Kisah kota tenggelam di dasarnya dan lubuk yang menjadi naga dua beradik Sri Pahang dan Sri Gumun bertapa suatu ketika dulu, amat popular. Malah ada sesetengah orang beranggapan dan percaya Sri Gumum masih ada di dalam tasik berkenaan biarpun abangnya sudah tewas di tangan naga Siam, Sri Kemboja.

Ada juga yang percaya ada makhluk misteri lain yang mendiami tasik berkenaan. Walau apapun ianya tidak dapat dipastikan dengan jelas. Namun kisah tasik itu yang meragut banyak nyawa bukan lagi rahsia. Hampir seluruh penduduk Chini memahami ragam tasik itu lebih-lebih kaum orang asli yang mendiami sekitar tasik.

Selalunya orang luar yang tidak tahu menjaga adab menjadi korban tasik. Tetapi itu tidak bermakna orang tempatan selamat dari menjadi mangsa. Sekumpulan pelajar dari sekolah berdekatan ke tasik itu tanpa menduga akan terjadi satu kisah tragis yang tak mungkin dapat  mereka lupakan.

Masitah turut serta dalam rombongan tersebut. Rombongan itu sekadar bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar akan kepentingan alam sekitar kepada manusia. Guru-guru yang terlibat telah menyewa dua buah bot untuk membawa para pelajar mengelilingi tasik.

Masitah duduk di bahagian belakang bot bersama Suzana, teman baiknya. Cikgu Rozila sibuk berceramah di kepala bot walaupun kebanyakan pelajar kurang memberi perhatian terhadap apa yang dia perkatakan. Mereka lebih gemar mengaut bunga teratai dan buahnya dari permukaan air.

Masitah dan Suzana juga tidak ketinggalan. Seronok mengutip buah teratai sambil merenjis air sesama sendiri. Kemudian Masitah mengajak Suzana untuk mengubah tempat duduk ke bahagian hadapan bot. Masitah mengambil tempat betul-betul di muncung bot.

Masitah masih galak bermain air. Tidak lama kemudian, tiba-tiba sahaja Masitah menyentap tangannya keluar dari permukaan air. Raut wajahnya yang berubah panik menimbulkan tanda tanya kepada Suzana.

“Kenapa Ita? “ tanya Suzana.

Muka Masitah pucat. Dia tidak bersuara tetapi jarinya menuding ke arah air. Suzana menoleh. Mulanya dia hairan kerana tidak nampak apa-apa selain dari bunga teratai yang hidup subur. Namun ianya hanya seketika. Dalam air tasik, Suzana nampak satu bayangan hitam berenang-renang di sekitar bot mereka. Tidak dapat Suzana pastikan rupa bentuknya. Ianya seperti satu makhluk yang besar dan pastinya bukan sang buaya! Kini giliran Suzana pula berubah wajah.

Mereka berdua tergamam dan berpandangan sesama sendiri. Belum sempat mereka memberi amaran kepada rakan-rakan dan guru, kelihatan air tasik bergulung seperti ombak besar. Serentak itu juga terasa ada sesuatu yang besar melanggar bot mereka.

Akibat daripada itu, bot yang memuatkan seramai 10 orang itu terjungkit sebelum terbalik. Masitah terlebih dahulu terhumban ke dalam tasik. Rakan-rakannya yang lain menggelepar cuba menyelamatkan diri masing-masing. Ada yang berpaut kepada bot, ada yang mampu berenang ke tepian.

Tetapi tidak Masitah dan Suzana. Masitah bersusah payah untuk cuba timbul di permukaan air. Dia berasa berat yang amat sangat. Tiba-tiba Masitah terasa ada sesuatu sedang menarik kakinya. Masitah menjerit sekuat hati. Melihatkan keadaan itu, Suzana berusaha membantu Masitah untuk kembali naik ke permukaan air. Namun Suzana sendiri tercungap-cungap jadinya. Dia berasa Masitah begitu berat malah dia yakin ada sesuatu sedang menarik Masitah supaya tenggelam ke dasar tasik sehingga dia sendiri hampir lemas.

“Cikgu!!! Tolong!! Masitah jatuh dalam air ni!!” Suzana menjerit sambil terus cuba menarik Masitah. Masitah makin tenggelam. Suzana menangis melihatkan Masitah yang semakin tenggelam.

“Cikgu!!! Tolong!!!” Jeritan Suzana seakan tidak didengari oleh guru mereka. Suzana semakin berputus asa. Akhirnya Suzana tidak berdaya lagi. Terpaksa dia melihat Masitah tenggelam ke dasar tasik begitu sahaja.

Suzana diselamatkan oleh Pak Hasan, jurumudi bot. Sebaik sahaja sampai ke tebing, dia diserbu rakan-rakannya. Suzana menggeletar, kesejukan bercampur ketakutan.

“Eh? Mana Masitah?” Tanya Cikgu Rozila. Suzana mengerling marah ke arah cikgunya itu.

“Bukan ke tadi saya dah jerit mintak tolong! Sorang pun tak dengar! Masitah dah lemas dalam tasik nun!!!” Suzana menjerit sekuat hati seakan melepaskan perasaannya yang terkilan dengan kejadian sebentar tadi. Barulah guru-guru mereka menyedari Masitah sudah hilang ke dasar tasik.

“Suzana, cuba ceritakan apa yang dah jadi?” Tanya Cikgu Malek lembut.

Suzana teresak-esak. "Saya…cuba..cuba nak tolong Masitah cikgu… tapi, dia kuat! Kuat sangat! Berat! Macam ada benda tarik dia dari bawah! Saya..tak mampu nak selamatkan dia!!” Suzana meraung sekuat hati.

Sekejap sahaja cerita Masitah lemas di tasik tersebar ke kawasan sekitar. Pasukan penyelamat tiba dan memulakan gerakan mencari mayat Masitah. Dasar tasik yang gelap dengan rumpai, menyukarkan kerja-kerja mencari.

Tok Batin Jali turut membantu dalam gerakan mencari itu. Tidak seperti pasukan penyelamat yang menggunakan bantuan pernafasan, Tok Batin Jali yang arif tentang selok belok tasik, hanya menyelam begitu sahaja.

Menjelang petang, mayat Masitah ditemui. Ditemui oleh Tok Batin Jali dalam keadaan yang menimbulkan tanda tanya. Mayat Masitah ditemui terbenam dalam selut dasar tasik! Hingga ke paras dada! Hanya bahagian kaki yang kelihatan.

Malah Tok Batin Jali juga mengalami kesukaran untuk menarik keluar mayat Masitah dari selut. Seperti berbalas tarik dengan sesuatu dari dalam selut. Setelah beberapa minit berhempas pulas, barulah Tok Batin Jali berjaya menarik keluar mayat Masitah.

Orang ramai yang menunggu di pinggir tasik tergamam melihat keadaan mayat Masitah yang mengerikan. Rupanya seperti mayat yang sudah mati sebulan, sedangkan baru beberapa jam tenggelam. Perutnya buncit, dadanya kembung, mata terbuntang dan hidung penuh selut pasir.

Terkejut mereka semua apabila melihat begitu banyak selut yang keluar dari mulut mayat Masitah apabila dipam oleh pasukan penyelamat. Mereka hairan bagaimana mayat sekurus arwah Masitah boleh terbenam separuh badan ke dalam selut dan berubah menjadi mengerikan, seperti sudah lama mati!

“Susah nak tarik arwahnya keluar tadi. ‘Benda’ tu nak tarik mayat ni masuk dalam selut. Nasib baik aku sempat tarik, tapi kuat betul ‘benda’ tu…!” 

Kata-kata yang keluar dari mulut Tok Batin Jali membuatkan yang lainnya terdiam. Tok Batin Jali tidak mahu bercerita lanjut mengenainya. Yang pasti bukan sekadar ikan, ular dan buaya yang menghuni tasik itu. Tetapi ada sesuatu yang lebih menakutkan wujud di dasar sana….

Oleh: NORA

Jun 27, 2014

Hunky Avian Funky Arisa... cubaan LHN & RH mendidik melalui penulisan

BY Rose Harissa IN , , 23 comments

Perghhh... tajuk kemain lagi... hahaha...

Hari ni... saya ke sekolah... berbincang dengan cikgu pasal prestasi anak. Sebagai cikgu dan mak, kami sama-sama menyatakan kerisauan tentang Gen-Y... tentang silibus pelajaran yang semakin mencabar, tentang anak-anak Gen-Y yang tak fokus... dan terkeluarlah isu pendidikan seks.


"Tahun depan, budak-budak KSSR ni dah mula belajar reproductive system, puan... kita dah tak boleh nak malu lagi dah... budak-budak sekarang ni, kita dah tak boleh cakap bebird... pepet tu semua dah... kena cakap terus terang...kena ada gambarajah baru diorang faham..."


Saya gelak-gelak. Saya pun mula berterus-terang dan bersembang yang benar dengan cikgu.

Balik rumah, saya belek semula buku Avian Arisa. Dalam hati berkata, "Aku dengan kak Lily dulu berhempas pulas buat buku ni, orang tak pandang pun... sekarang Kementerian dah tekankan isu ni...hmmm... rugilaaahhhhh..."

Sebagai pengarang, saya sakit hati sebab isu pembelajaran ni pernah saya dan Kak Lily Haslina Nasir bangkitkan suatu ketika dulu. Kami mungkin mak-mak yang garang tapi dengan anak-anak kami selalu cakap direct.

Sebagai pengarang, kami sering dicari orang-orang penerbitan PTS untuk melakukan projek baru dan diminta memberikan idea bernas (secara rahsia dalam ertikata lain geunine pig penerbitan). Maka saya dan kak Lily bangkitkan isu ni... nak buat buku pasal masalah budak-budak tentang perkara-perkara yang perlu mereka tahu tentang persediaan akil baligh.

Target dan sasaran tentulah budak-budak baya anak kami sendiri, Haiqal dan Ik yang waktu tu baru darjah dua dan satu. Sebab waktu tu mereka sendiri dah mula tau apa itu haid... bla bla...

Maka dengan niat murni, nak mendidik anak-anak melalui buku, saya dan kak Lily bersemangat waja, memulakan sesuatu yang baru... demi mencapai visi penerbit, memandaikan bangsa.

Gigihlah kami duduk bersila di Kino KLCC. Angkut segala educational teen punya buku untuk jadi rujukan. Betapa terujanya kami berdua berangan nak setanding dengan buku omputih. Comel dan ber'knowledge'.

Saya offer diri untuk buat layout, cover, lukis comic, grafik, dan susun atur huruf demi tak nak menyusahkan designer PTS untuk ikut kemahuan kami. Sampaikan kami angkut anak-anak berkampung di Bangi Kopitiam Dolomite, dari pagi sampai ke tutup kopitiam sampai semua menu kami try demi takut dihalau... demi nak menyenangkan kerja pihak penerbit.

See? Gila tak gila RH... ada ke pengarang dalam Malaysia yang tau buat semua dari A to Z sebuah buku, sampai bertunggu tangga di printer cek CTP? (tu pun ada jugak silap... bila dah jadi buku padahal rasa dah betulkan semua dalam PDF)


gigih dapatkan kata pengantar dari bonda TKC... yang tak layan sembarangan buku...
[caption id="attachment_2477" align="aligncenter" width="474"] gigih dapatkan kata pengantar dari bonda TKC... yang tak layan sembarangan buku...[/caption]
Tapi... halangan dah mula nampak awal lagi. Saya tak masuk meeting... sekadar menerima arahan, itu tak boleh ini tak boleh... sampai naik muak.

Sebenarnya kami berhajat buat watak Avian Arisa ni umur-umur Ik dan Haiqal... tapi pihak penerbit mintak up jadi watak budak sekolah menengah baru nak baligh. Payah... padahal kami ada pengalaman dengan anak-anak sendiri...

1) Saiz buku — cabaran buat saya. Terasa dipermainkan. Sekejap saiz itu, sekejap saiz ini... bayangkan... dengan grafik dan comic, bila sesuka hati pihak atasan mintak tukar saiz... saya rasa tak ada designer yang tahan. Dekat 9 kali diubah... tapi saya bertahan... demi nak hasilkan jugak sesuatu untuk Gen-Y.

2) Isu nama AVIAN — ditentang kerana nama tak Melayu. Saya bengang... dah saya kata, buku ni bukan untuk Melayu semata... sebab tu saya pilih nama AVIAN! Supaya semua kaum boleh baca.

3) Isu kartun berlengan pendek, berseluar pendek, tak bertudung — Pun menguji kesabaran saya. Kerana saya merasakan pihak yang berada dalam meeting itu tak faham konsep. Dah sah-sah buku itu untuk budak-budak belum akil baligh! Sumpah saya rasa nak jerit kenapa ortodok sangat... padahal kartun saya tu ala chibi.

4) Isu lukisan dan rajah organ lelaki dan perempuanagain... masalah ortodoks. Saya lukis dalam bentuk kartun yang kiut-kiut, bukannya real illustration supaya budak-budak senang faham. Again, orang-orang dewasa yang berada dalam meeting board tak mengerti.

5) Layout — angan-angan kami nak buku yang free-flow, comel, macam buku omputih tak menjadi... bila mana, saya terpaksa akur kehendak penerbit yang mahukan layout ikut undang-undang buku. Hmm... sedih... terus buku jadi rigid.

Buku ni memang penuh airmata... penuh effort dari kami. Hajat nak mengelak budak-budak dapat maklumat salah dari sumber lain. Berjanji dengan pembaca akan keluar pada Pesta Buku 2011. Ribuan ringgit kami habiskan demi nak menyambut buku ni di pesta buku. Macam kenduri kahwin, dengan bunga telur, goodies bag bagai.

kemain menghabiskan duit, buat bunting, goodies, t-shirt segala...

Sudahnya hujung Jun 2011 baru muncul.

Ya, kami memang nampak halangan buku ni, dari tajuk, cover, kartun sampailah dah terbit. Semua benda jadi isu.

Bila dah keluar, kami terus nampak halangan yang sama. Malah ada kami dengar dari kalangan penulis sendiri yang berpesan supaya ibubapa memantau anak-anak daripada membaca buku ini. Kalau tanya, kami memang KECEWA, sebagai pengarang, sebagai mak-mak bila ada mak-mak lain yang melabelkan buku tu tak patut dibaca walhal di sekolah anak-anak dah lebih advanced.

Sampaikan saya tertanya... diorang ni tak ambil tau ke pasal apa anak-anak belajar kat sekolah?

Kenapa mesti sekat buku yang berilmu? (bukan puji buku sendiri tapi sebab kami buat kajian untuk hasilkan buku ni)

Kenapa mesti ortodoks?

Sexual education - Fundamental facts of life!

Bukanlah maksudnya kita ni kena mengajar anak menge'seks'. Ini pun kena tune sikit otak.

Saya sendiri dengan Ik, selalu jerit kalau dia tengah 'boner'. "Hoi! Kau fikir awek ye sampai 'tunit' kau tegak macam tu?!" *saya sebut tunit kasi comel sikit bunyinya...hahaha*

Ya... dia kecik lagi... baru darjah empat... tapi saya selalu dengar cara dia bersembang dengan kawan-kawan dia... dah tahap sekolah menengah... So, sebagai mak yang pernah belajar di University Of Discovery Malaysia (gelaran untuk UTM), saya kena berfikiran terbuka sementelah saya dengan suami sendiri cakap direct aje.

Dulu waktu Ik baru nak tadika, tertangkap juga dia sedang menatap lama gambar seorang artis perempuan yang menayangkan dada gebunya di sisipan RAP. Memang kena jerit.

Zaman la ni... banyak sangat sumber melucah tanpa perkataan... Kita tak boleh samakan dengan zaman kita yang mana mak bapak tak ajar benda-benda macam ni. Zaman media sosial, kita pun sebagai ibubapa kena berubah setakuk. Ego kena ketepikan. Malu kena tahan kejap.

Kalau tak, anak ada banyak cara lain nak belajar. Media sosial.

Masa ni, jangan salahkan novel. Salahkan pemikiran anak yang tak tau bezakan mana buruk, mana baik... sebab ilmu asas tu tak ada. Dan jangan menyesal kalau anak-anak GEN-Y ni cakap, mak ayah saya tak cakap salah pun... tak ajar, tak larang, tak bagi ilmu.


  • Atau nak ke tunggu, anak dara menangis bawak perut ada isi sebab tak tahu... bila penis masuk melalui vagina, sperma akan berserakan dan kalau sperma itu aktif akan disenyawakan dan menjadi zuriat?

  • Atau anak lelaki bangga sebab tingkatan tiga dah berjaya menabur benih di ladang wakaf?

Haa... ambik kau! Maaflah ye... RH memang tak reti cakap berlapik. Kak Lily sendiri selalu kata macam tu... tapi mak tak kecik hati... hahaha...

Beleklah dulu isi dalam AVIAN ARISA sebelum korang gigih palu kompang kata buku tu lucah. Biarlah penerbit kata buku ni slow, tapi saya dan kak Lily tetap rasa buku ni paling rich dengan pengisian dan paling cun pernah kami buat bersama.

Kalau tak banyak... sikit pun jadilah asasnya sampai ke otak anak-anak supaya sel otak berhubung, sexual education fundamental + agama, kena jalan seiring di zaman media social berkuasa ni... kalau tak... habislaaaaa...

cover asal yang saya suka... plain... simple... tapi menangkap mata

Nah... saya tempekkan sikit isi dalam... korang nilailah sendiri lucah ke tidak... patut ke buku ni dipantau, patut ke ibu bapa menghalang anak-anak baca buku macam ni...?









Kenonon nak bersambung... siap suruh budak-budak tunggguuu sebab Kak Lily dan Kak Rose nak bagi hadiah bonanza... sudahnya buku masuk peti besi.... :'(

Bila kreativiti pengarang terhalang... oleh sikap ortodoks yang tak kena tempat... haihhhh...
Cc: Kak Lily Haslina Nasir (mari mengimbau nostalgia tentang komitmen dan dedikasi... kita kan selalu jadi geunine pig... huahahahaa...)

Jun 23, 2014

KUPASAN NOVEL GUY NEXT DOOR oleh Ariee Mattdespatch

BY Rose Harissa IN , , , 29 comments

Review novel Guy Next Door paling saya suka...  bukan bintang atau rating yang RH harapkan... tapi apa yang pembaca dapat tangkap dari isi setiap novel yang di tulis. Dan ya, saya memang suka buat pembaca berprasangka waktu baca karya RH sebab saya nak tengok... mereka dapat tak? Fikir tak? Mengangguk ke tidak... bla bla bla... sebab tu setiap novel saya akan cuba tukar gaya bercerita... dan saya tahu, sebab tu la bukan semua orang yang sama suka semua karya saya... :D
Terima kasih kepada novelis Ilya Abdullah sebab berkongsi review ini dalam pm kepada saya. Kepada Ariee Mattdespatch, maaf Kak Rose tempek tanpa kebenaran awak (sebab kak Rose takde FB personal)... tapi sungguh, review awak yang paling Kak Rose suka. Nanti boleh claim AKBYG (kalau ada rezeki jadi buku).
Review Ariee ni sesuai untuk orang yang kata tak faham/keliru dengan penggunaan POV1 dalam GND.

Saya senyum je... sebab nampaknya mereka tak faham, setiap bab, POV1 adalah dari Adam dan Kris, bukan RH yang bercerita. Maksudnya, segala prasangka aku-KRIS dijawab aku-Adam dalam bab baru....vice versa...

Alhamdulillah... sekali lagi Ariee, terima kasih atas kupasan detail yang awak bagi ni... <3


Sebuah Novel Dan Seorang Ariee

Tajuk : Guy Next Door

Pene : Kaki Novel

Penul : Rose Harissa

Harga : Rm 21.00 Sm

Secebis Ulasan Secangkir Luahan

Sinopsis Novel

Guy Next Door berkisar pada Kristal iaitu seorang ank tunggal kpd pasangan MakCik Umi dan Pak Amid yg tinggal berjiran dengan Adam Putra.Kristal ataupun Kris adalah seorang gadis yg bersikap persimis pd jirannya iaitu Adam hanya akibat drpd rasa dipinggir ibubapanya dan rasa ego yg merantai diri.Kristal juga seringkali tidak mengendahkan keadaan sekelilingnya akibat hanyut dlm musim percintaan yg hangat bersama Fandi.Konflik terjadi apabila Fandi berkahwin dgn Tun Nazuha atas sebab satu insuden yg menyebabkan Tun Nazuha mengandung.Demi mengisi ruang kosong dlm hidupnya akibat kehilangan Fandi,Kristal menjadi kian rapat dgn Adam iaitu jiran sebelah rumahnya yg juga seorang kartunis yg menempa nm di luar negara.Pada ketika itu berbagai kejadian terjadi hingga membibitkan satu perasaan aneh dlm diri kristal....Dari sudut Adam Putra pula.. Kristal ada seorang gadis yg mempunyai auranya yg tersendiri.. selama lebih drpd 5 tahun dirinya tidak bertegur sapa dgn jirannya itu walauhati tertarik pada sang gadis di sebelah rumahnya akibat dr sepengetahuanya bahawa gadis itu telah mempunyai kekasih.Rasa cinta yg tersimpan kemas dlm lubuk hatinya tidak terungkap malah dia hanya berserah pada takdir hinggalah peristiwa Kristal terputus kasih dipertengahan jalan.. dan ruang kejadian itu seakan membuka jalan kepadanya untuk semakin rapat dgn Kristal dan dgn segala rasa yg terpendam itu Adam seakan menzahirkan semuanya melalui sikapnya yg mengambil berat dan seringkali menemani Kristal bersembang.. Apakah kejadian seterusnya.. hayati nvl Guy Next Door karya terbaru dr Rose Harissa ini secara sepenuhnya dgn memiliki sendiri di dalam versi cetak yang kini hangat di kedai kedai buku berdekatan anda...

Review Aku Pada Novel GND

Firstly yg berada dan bermain di kepalaku akibat dr pembakaran muka surat nvl ini di Facebook oleh pembaca nvl yg lain.. "Huh.. aku harus carik sampai dapat buku ni..secepat mungkin!!"..Demi setelah nashkah yg meriah dgn berbagai mainan warna pada covernya itu berada di hadapan mata, terus mataku meratah setiap baris ayat ayat yg terukir diatas kertas yang berwarna putih.Melihat pada seawal bab karya terbaru Rose ini maka hatiku seakan menjerit keraguan pada karya ini..malah jeritan itu kian bertukar kpd sedikit prasangka yg berlegar di dalam ruang benak pemikiranku tentang sebuah lagi karya yang seakan sama bentuk gaya teknik penulisannya.Akibat dari itu perasaan prejudis kian mengembang mekar hingga aku gagal meneruskan pembacaan kerana hati yang dirasuk perasaan membandingkannya dengan sebuah lg karya yang pernah kubaca.Akibat dari sebuah komen seorang kwn penulisku di ruang mukabuku.. aku bertindak serta merta dgn memutuskan semua kaitan dan melumpuhkan terus hasutan jahat yg bermain dengan enak didalam hati..Dengan pembacaan bersama keterbukaan minda serta perasaan yg kian santai maka aku menemui beberapa elemen menarik dlm GND ini....

TEKNIK PENULISAN

Suatu penggunaan teknik yg bagi diriku seakan sukar kpd pembaca yang baru mula bertatih dalam dunia pembacaan nvl kreatif.. bagi diriku nashkah ini adalah sebuah garapan yang tidak bersifat mesra pembaca dimana penulis tidak meletakan sedikitpun "caption" atau apa2 tanda bahawa kita berada di ruang diri watak siapa.. TETAPI... jika dilihat atau dibaca degan secara teliti.. maka teknik inilah yg dinamakan "play with the mind"..teknik sebegini lebih merangsangkan sikap dan deria keterujaan kita dan sikap ingin mengetahui kita pada darjah yg paling tinggi...malah kita juga dibiarkan meneka dlm kesamaran tentang.."apa akan terjadi" akibat situasi itu...atau apakah tindakan kita(watak) selepas ini..Tahniah diatas kebijaksanaan penulis yg bijak memaksa hati dn perasaan saya berlibang libu dalam mendasari karya terbaru beliau ini.Sesungguhnya penggunaan "PoV1" pada karya ini dgn cara sedemikan penulis sebenarnya memviarasikan berbagai perasaan didalam hati pembaca dn membakarnya hingga menjadi rentung apabila berbagai konflik yg tercipta disambung dgn baik dn jitu.Sayugia kita perlu maklum..Dengan penggunaan teknik sebegini kita seakan mempertaruhkan karya kita dalam pertimbangan tewas atau menang dalam melarut perasaan pembaca pada karya kita itu..jika plot dan subplotnya tidak disusun dgn baik maka seluruh karya itu bakal hancur akibat pembaca gagal menyelami diri watak dan mencerna sikap dan karekter watak yg dicipta... tetapi karya ini SANGAT BERJAYA merusuh hati para pembacanya dgn mengaplikasikan "aku" sebagai watak utama secara bersilang.

WATAK DAN PLOT NOVEL

Seluruh kejayaan novel ini bagi saya adalah terletak pada jalinan kukuh plot pada setiap watak yg dicipta.Kita seringkali terbaca atau terdengar ada sebahagian drpd penulis sering berkata.."saya suka menulis sebab saya boleh bermain dgn watak ciptaan saya"..Serius.. kadangkala timbul juga persoalan pada benak saya..." beraninya dia berkata sebegitu... tahukah dia maksud 'play with your own creature' itu.. ? bolehkah dia menterjemahkannya pada karyanya itu? Satu pelajaran baru yg serasa saya wajar bg para penulis baru untuk melihat dan meneliti pada karya ini.. Inilah dimana apa yg dikata.."bermain dgn watak ciptaan saya" itu.. jalinan watak yg mempunyai berbagai sudut perasaan dan tidak statik pada urutan layer konfilk malah lansung tidak terkeluar dr jaluran plot utama atau sublpotnya menyebabkan kita memiliki seluruh perasaan pd watak Kristal atau Adam dan kadang2 hati kita seakan bertempur sesama sendiri dlm menakrif sebuah keputusan atau mainan perasaan yg dilakukan watak2..itulah yg dinamakan "bermain dgn watak" apabila pembaca kadang2 menyosong daya imaginasi kesendirian mereka dlm melunaskan tuntutan hati akibat permainan dalaman watak yg dicipta.Kekemasan plot nvl ini pada awalnya meragui minda saya dn cuba meragut pergi seluruh kepercayaan yg sy buahkan pada karya terdahulu penulis iaitu Wasilah Cinta Weera..Plot novel ini seakan sebuah lori kontena yg mendaki jlnraya ke Genting Highland..ia terlalu perlahan...Seawalnya hati saya tertanya tanya juga..:kenapa?".. maka dengan meneruskan pembacaa saya dapat merungkai jawapannya.. penulis membuat satu titik awal kepada hati pembaca..penulis melarutkan pembaca pada setiap isi lekuk penceritaannya dari awal bab dan mengenalkan sikap dan perwatakan watak..melegarkan watak pada plot dn subplot yg hanya berliku liku dlm daerah kekeluargaan watak utama sebelum memecut penuh tenaga apabila tiba di pertengahan konfliknya.. sekali lg kelebihan pengalaman penulis memainkan peranannya disini walaupun pada awalnya karya ini seakan garapan bernada santai..tetapi apabila plotnya mengoyak langkah semakin laju maka bertebaranlah kerikil ketidakpuasan ditepi landasan laluannya hingga pembaca terhenyak dlm berjutaan permainan rasa yg kukuh dipahat kedalam hati..

GAYA BAHASA

Secara terangan nvl ini adalah termaktub dlm kategori nvl santai dgn berbagai suntikan humor.. dan kebijaksanaan penulis memainkan gaya bahasa dlm caranya yg tersendiri mmg menyerlahkan bakat penulis dlm bidang ini.Segerombolan ayat2 sinis dn puitis hasil lantunan perdebatan dua watak utana menjadikan saya dipaku dgn penuh pesona.Malahan segala baitan ayat ayat puisi atau kata2 yg diambil dr peribahasa Inggeris menambahkan seri menawan dlm karya ini.Secara mendalamnya bagi saya.. penulis mmg bijak menggunakan gaya bahasa pertuturan dan persekitaran yg dicipta demi meraih seluruh perasaan yang membekas di dlm jiwa pembaca yg ditanamkan dgn diri watak ciptaannya.Pengguna bahasa Inggeris dlm nvl ini bagi saya ada satu kepentingan sebagai sebuah sifat karya itu sendiri..yg dicipta dlm bentuk budaya masakini dan watak serta sifat perwatakan watak yg berpendidikan tinggal serta bermastautin di luar negara..maka konflik penggunaan bahasa luar tidak timbul malahan ia adalah satu suntikan keperluan yg penting dari jarum plot yg dicipta..

KESIMPULAN KEBAIKAN NOVEL

Bagi saya..novel ini adalah satu hantaran mesej sinis pada masyarakat.Kadangkala kita seakan melupakan hidup dlm konteks permasyarakatan hanya bersandarkan pada sifat tidak mahu mengambil tahu tepi kain oranng.Sedangkan didalam masyarakat yg merasakan diri mereka semakin moden nilai nilai murni itu sebenarnya penting demi melunaskan suatu perintah dari Pencipta Dunia ini dn dengan hidup dlm eratnya tautan kemasyarakatan menjadikan sesebuah komuniti itu kukuh dan saling bantu membantu serta meringankan beban yg terpikul seandainya jika bersendirian.Malahan penulis juga meletakan satu kod etika pergaulan dlm bermasyarakat yg bagi saya terkadang seringkali kita hanya membaca atau cuba mengambil faham suatu dr satu sudut tanpa memperdulikan sudut yg lain..contoh ketara.."penulis meletak pertanyaan kpd segelintir individu yg merasakan mereka terlalu islamik hingga terlupa adat dn adap hidup dlm bermasyarakat dgn baitan ayat penggunaan "sudu" ketika majlis kenduri..serius kita sering terjumpa keadaan sebegini apabila kita bertamu dlm sesuatu majlis keramaian dimana ada daripada sesetengah org masih gagal merasai sensitiviti hidup bermasyarakat dn cara kod pergaulannya bilamana penggunaan tgn kanan yg berlumuran dgn hasil nasi yg beradun dgn kuah pada jarinya ketika mengambil sudu..malahan ada ketikanya keadaan lebih mengejutkan lagi. Adakah kerana kita mempraktikkan nilai islamik maka kita harus keterlaluan dlm memanifistasikannya??

Secara sedar atau tidak kita juga dipertontonkan gaya cinta para muda mudi masa kini dimana segala rasa perasaan cinta itu diluahkan melalui mekanisma sentuhan dr pasangan masing masing..dn kita juga diperuntukan utk memikirkan kewarasan dlm ertikata berkasih sayang dgn lontaran maksud..bolehkah? dn bagaimana jika ikatan perasaan itu tidak menjejak pelamin..dn bagaimana jika perihal pergaulan dan tindakan kita itu disebarkan pada khlayak umum?? fikirlah sendiri dn ambil iktibar dr karyaku ini kata penulis pada pendapat saya..

Perkara yg TERPENTING dan MENJADI INTIPATI kepada novel ini adalah kupasan akhir saya.. Kenapa kita seringkali merasakan tindakan kita yg gagal menceritakan sesuatu kepada orang yg mempunyai kepentingan dlm diri kita itu satu sikap yg baik? Nahhh... Disinilah Terbenamnya TEMA NOVEL INI...iaitu "Prasangka atau Tanggapan" yg terhasil dari sikap kita yg suka menyorok sesuatu hanya dgn berpendapat orang lain telah pun tahu...atau apaperlunya orang lain tahu..sifat dn sikap sedemikian byk menimbulkan implikasi buruk berbanding baik malahan ia terkadang membiarkan hanyutan perasaan yg jauh dari sebuah kebenaran.Sikap berterus terang sebenarnya cermin kepada kejujuran dlm pentas kehidupan sesorang..malah dgn bersikap jujur kita sebenarnya berjaya mengelak gayutan syaitan dari tangkai hati orang lain..sungguhnya jgn suka memendam sesuatu perkara penting atau kurang penting bagi diri kita kerana ia bakal melumpuhkan sistem kepercayaan malah terkadang ia bisa merobek dan menghancurkan hati orang lain..tetapi dlm berjujur ada ketikanya kita perlu juga menapis kejujuran itu..disitulah terletaknya seluruh akal dan minda kewarasan dlm mencipta sebuah keputusan..

Menggulung review saya ini..secara keseluruhan bagi saya nvl ini adalah satu karya hebat dari penulis yg hanya bersandarkan pada sebuah topik mudah tetapi cara nukilan penulisnya meletakkan karya ini berada didalam suatu ruangnya yang tersendiri..dan anda diluar sana wajib memilki karya ini dan mendapatkannya segera dan hayatinya.. Sungguh berbaloi baloi karya ini dgn sedikit wang yg terkeluar dr dompet kita..malahan terdapat seribu kebaikan dn sejuta riuh perasaan yg bakal berkompang dlm hati anda jika ia menjadi hak anda..rasai sendiri sepetimana saya rasai kini....

wassalam

ikhlas darpida

Ariee Mattdespatch

22Juni2014

Malaysia

Jun 20, 2014

LUKE KHUZAIRI... he had a boner!

BY Rose Harissa IN , , , , 81 comments

Disebabkan dalam AKBYG bab 14, saya ada sebut pasal ni...


Keluhan panjang terhela dari mulut Luke. “Thank God!” Luke mengusap dada dengan penuh kelegaan. “Sorry...sebab dah takutkan kau malam tadi... but... I just can't control my actions. You have a magnet that keeps pulling me closer. Fuh! Lucky it’s just a dream!”

Auni menelan liur. Ada yang tidak sanggup dikhabarkan kepada Luke. 'Ya, cuma mimpi tapi you had a boner sampai aku menggelupur ketakutan lari tidur di sofa lepas solat. Scaryyyy! Awak memang dah masuk kategori wajib kahwin!’ Auni hanya mampu bergumam dalam hati dengan rasa malu.

Adalah yang duk tanya saya... BONER tu apa? Haihh... parahhh... ingatkan tau... rupanya tak tau. Boner ni normal pada lelaki... dan tak semestinya bila boner menyerang, makna kena mengeseks... lelaki yang sihat dan normal dengan kadar testosterone yang bagus... akan mengalami boner ni ikut suka hati dorang... bangun tidur, nak tidur, tengah tidur... opsss... kang ada pulak orang tuduh saya nak melucah...
Sila rujuk animation di bawah... tentang apa itu BONER...


Kartun ni saya lukis untuk buku Hunky Avian Funky Arisa... buku yang mengundang pelbagai reaksi... yang menerima dengan positif... yang menolak dengan negatif. Padahal niat saya dengan kak Lily Haslina Nasir masa buat buku ni, kami nak budak-budak yang nak akil baligh faham masalah tubuh badan mereka... sebab kami pun ada anak2 yang sedang membesar... walaupun anak saya sorang, tapi dengan Kak Lily, saya banyak share parenting punya tips... sebab tu kami sepakat nak buat buku berkomik ni...
12-AA

Tapi ada jugak yang ortodok, pesan dan warning jangan bagi anak-anak baca buku ni... Masya ALLAH... nasib baik yang menyokong dan berterima kasih pun ramai... sebab isu sensitif, mereka malu nak cakap terang-terang dengan anak... so naskah ni membantu mereka yang tak reti explain pada anak-anak.

Susah nak cakap isu SX ni... sebab kadang yang dewasa pun bukan semua matang... dan teenagers pun kadang ada yang lebih matang dan pandai fikir ...

Macam saya dan kak Lily buat buku avian arisa target untuk bagi info budak baru nak baligh... tapi ada ibu bapa ortodoks... banned buku tu... lucah katanya sebab ada gambar saya lukis (tengok kartun comel pun dah rasa lucah, belum lagi tengok saya lukis real illustration)... tapi anak-anak kami kata okey je... Sayangnya naskah ni terkubur dan kami KECEWA kerana ilmu yang ada dalam buku tu tak mampu disampaikan...

Jadi, samalah juga dengan novel... saya bukan nak buat NOVEL 18 SX yang mengajar orang how to kiss, how intercourse, how to merogol... bla bla..bla.., tapi apa yang korang boleh lakukan untuk harmonikan rumahtangga... ah... susah la nak cakap...

So... akhir kata... yaa... Luke had a boner masa tengah tidur mimpikan Auni... hahaha... dan walaupun mengalami boner, dia tak terkam Auni pun... situasi di mana saya nak bagitau, tak perlu mengeseks... normal... lainlah kalau dah halal, barulah boleh fikirkan option nak terkam ke tidak... hohoho...
Sori kalau ada yang rasa jengkel... tapi sesiapa nak follow karya saya, kena open minded...dan easy going! <3

Jun 18, 2014

UNDANG² & ETIKA BLOG

BY Rose Harissa IN 48 comments

SELAMAT DATANG & SELAMAT MEMBACA KARYA- KARYA SEPOSEN ROSE HARISSA (RH)

========================

1) IDEA & HAKCIPTA

Soal jalan cerita, please let me do my way... sebab saya tak mahu kreativiti tersekat. Lagipun adalah sangat thrill kalau buat cerita guna jalan cerita sendiri... mencabar kerana bukan semua orang boleh terima apa yang RH cuba sampaikan. Kalau boleh saya nak menulis dengan versatile... tulis apa genre pun boleh... *mencabar diri sendiri*

Tapi kalau tetap tak boleh masuk jiwa korang, saya tak marah dan tak boleh paksa. Sebab saya bukan jenis promot karya sendiri. Terpulang pada korang samada nak suka atau tak. Lain orang, lain selera...

Biarpun ada orang rumah penerbitan sendiri mengatakan idea selagi belum jadi buku tak ada hakcipta, tapi saya tetap akan meroyan kalau ada pihak tak bertanggungjawab MENCEDUK, MENGGARAP, MENIRU, KUTIP ISI penting dari cerita saya dan jadikan novel sendiri. Please... kalau kita buat tesis pun lecturer marah meniru kan? Saya tetap percaya ORIGINALITY itu datangnya dari susah payah pengarang memerah otak dengan bantuan ilham dari Tuhan.

Paling penting, JANGAN BANDINGKAN SAYA & LAGA-LAGAKAN  DENGAN PENULIS LAIN. Saya tak mahu ada isu dengan mana-mana penulis.

2) LUKISAN/ VECTOR

Semua lukisan hero atau quotes dalam blog ni saya lukis sendiri... boleh share tapi jangan sesekali buang watermark/ nama saya. Tolong hormati lukisan saya.

3) PERKATAAN RARE

Jangan berkerut kalau baca cerita RH banyak jumpa perkataan yang tak pernah korang tahu. RH memang suka guna word rare, kreatifkan penggunaan ayat. Don’t worry... boleh tanya kalau tak faham dan kalau malas belek kamus... hehe... tapi dari masa ke semasa, saya akan cuba letakkan footnote.

Nama pun CREATIVE WRITING, jadi dalam menulis, perlulah kreatif mengolah ayat dan cerita sama macam melukis.

4) 18 SX DALAM KARYA

Ada juga buku-buku RH yang orang dewasa labelkan lucah tapi budak sekolah menengah said, tak ada apa pun yang lucah, biasa je... kata mereka, buku **** lagi teruk, tulis tak tapis. So, isu ni subjektif, tergantung pada tahap penerimaan pembaca itu sendiri... But I must admit, untuk novel dewasa, RH memang suka menyelitkan unsur notty dan witty pada sikap watak. Pada saya 18sx itu lebih menjurus kepada penulisan porno, yang menggelikan, yang merangsang nafsu, yang menunjukkan step, menuliskan babak ranjang dengan detail. Terpulang... saya tak boleh nak tentukan level dan tahap pemikiran masing-masing. Tapi pada saya, unsur notty dan witty pada watak itu adalah sikap normal seorang manusia... nama pun karya dewasa ye dak? jadi, tepuk dada tanya selera.

5) KOMEN, LIKE & RATING

Terpulang pada keikhlasan korang... sebab saya tak boleh paksa setiap orang sukakan cerita saya. Tapi KOMEN MEMBINA, TEGURAN, BETULKAN TYPO & GRAMMAR, FAKTA ayat tergantung/ salah atau apa saja yang saya terlepas pandang, sangat dialu-alukan. Sebab inilah antara tujuan saya tempek kat blog supaya saya boleh mantapkan cerita dan memudahkan kerja EDITOR pada peringkat penyuntingan sebelum terbit jadi buku. Tapi sebarang pembetulan saya buat terus dalam manuskrip bukan pada entri blog.

Kalau nak komen, tak kisah korang nak komen kat WORDPRESS ni ke... kat FACEBOOK Fanpages ke atau PM saya direct... semuanya saya terima dan baca... cuma kalau nak membalas tu bergantung pada masa yang saya ada... tapi selalunya bila FREE, saya akan ambil effort balas satu-satu kalau tidak pun tekan LIKE... yelah... korang pun dah komen kan, so, saya pun takleh kerek sangat. Tapi maaf kalau terlepas pandang atau tak sempat nak balas.

6) SHARE LINK

Saya okey aje kalau korang nak share stories saya di FB atau blog. Sharing is caring. Lagipun once dah upload di net, kita tak boleh nak control benda-benda share ni. Even kalau buat script unable right click/unable copy paste pun... kalau dah orang nak save/share/copy, macam-macam cara boleh buat. So, saya anggap bila korang share, maknanya korang suka cerita tu dan nak kawan-kawan baca... tengkyu for that kind of free promotion (nak bayor sotkabo tak mampu)...hikss... <3

7) ENTRI BER'PASSWORD'

Entri berpassword hanya akan dikenakan kepada post² tertentu sahaja—bukanya kepada keseluruhan blog.

Entri berpassword adalah amanah saya kepada korang. JANGAN SHARE DENGAN ORANG LAIN.... kalau tak... 'harammm'... hehe... Tolong jaga password yang saya beri, macam jaga no pin ATM...ehehe... <3

Hanya orang yang dikenali dan memperkenalkan diri sahaja akan diapprove... <3

7.1 ) BORANG NAK PASSWORD ENTRI

=BORANG DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU=

8) SILENT READERS

Yang komen sekali je, atau kenalkan diri sekali aje, tapi lepas tu sentiasa follow karya RH tak dikira SILENT READERS ye... dah void the terms... haha... so, jangan risau kalau korang baca tapi tak reti/ tak nak komen... asalkan, FOLLOW FB & BLOG atau bertegur sapa sekali sekala... ini pun dah satu penghargaan. Rujuk jadual untuk lebih crystal clear...






















 Rules dan etika akan bertambah dan berubah dari masa ke semasa...

Apr 15, 2014

HEART FROM HEAVEN

BY Rose Harissa IN No comments



Haiy dan Mina...sahabat dari bangku sekolah rendah. Mina ingat lagi, waktu darjah dua, dia berpindah ke sekolah baru. Ketika berjalan bersama rakan baru menuju ke kantin pada waktu rehat, Mina terlihat beberapa orang budak lelaki membuli seorang budak lelaki.

"Hey! Kamu semua! Jangan ganggu dia!" Mina bersifat berani, menerjah dan menghalang dengan tangan mendepang di hadapan budak-budak lelaki itu.

"Eh, budak baru, jangan berlagak di sini ya! Ke tepi! Kami nak ajar si lembut tu supaya jadi jantan!"

"Tidak! Jangan apa-apakan dia lagi atau aku akan laporkan kepada cikgu setiap perbuatan jahat kalian!" Mina mengugut.

Semerta mereka semua cabut lari. Dan Mina berpaling menghadap budak lelaki itu. Mina terpegun seketika melihat budak lelaki itu berwajah lembut, putih kulitnya nyaris membuatkan dia terlihat seperti budak perempuan dalam seragam sekolah lelaki.

"Nama kamu siapa? Kamu boleh panggil aku Mina..." Mina menghulur tangan.

"Panggil aku Haiy..." Dengan gemalai, budak itu menyambut huluran tangan Mina. 

Mina terlopong, tetapi tetap membantu Haiy bangun. Rupa-rupanya tak hanya memiliki wajah cantik, Haiy malah punya perwatakan lembut dan sangat sopan.

Sejak itu Mina mula rapat dengan Haiy. Benar, Haiy lembut macam perempuan... tapi Haiy yang selalu membantu Mina setiap kali tidak faham ajaran guru.

"Banci! Mina tak malu berkawan dengan banci!"

"Diam! Mengapa kamu memanggil dia banci?"

"Sebab dia lelaki tetapi perangai lembut macam perempuan!"

Ejekan demi ejekan... sehingga mereka membesar dan naik ke sekolah menengah yang sama. Tapi Mina tetap teguh mempertahankan persahabatannya dengan Haiy, anak si tukang jahit yang polos. Sehinggakan Mina pula yang menjadi pelindung setiap kali Haiy dibuli. Haiy biasanya hanya tersenyum dengan mata basah setiap kali dihina.

"Kamu tak boleh biarkan saja mereka semua injak maruah kamu, Haiy!" marah Mina kerana Haiy tidak pernah melawan.

"Mina... ibuku selalu berpesan, jangan bergaduh dengan orang lain. Biarlah mereka mahu buat apa pun...Tuhan kan pasti membalasnya."

Mina selalu mengeluh mendengar jawapan Haiy. "Aku bukannya suruh kamu bergaduh, tapi... kamu kan lelaki... lelaki harus gagah...bukannya bermain sudip dan kuali di dapur, atau benang dan jarum!"

"Itu cara aku membantu ibu aku, Mina..." Haiy masih dengan senyum manis, menggugah emosi Mina dari terus meleterinya. Haiy memang tidak pernah marah. Tidak pernah sekali Mina mendengar Haiy meninggikan suara kepada sesiapa pun.

Mina semakin hari, tumbuh sebagai gadis yang cantik. Haiy juga begitu. Bahkan Mina sering mengusiknya.

"Haiy, kadang-kadang aku cemburu, kerana aku rasa kamu itu jauh lebih cantik dari aku!"

"Mengarut! Aku lelaki, Mina. Lelaki. Sudah akil baligh. Kamu kenapa, ihhh? Bukan aku minta rupa aku begini. Dah Tuhan yang kurniakan, ya aku berterima kasih sajalah..." Haiy mengerling genit.

Mia terkekeh melihat gelagat Haiy. Dia paling suka melihat mata Haiy. Anak mata Haiy berkaca dengan warna coklat jernih. Bila Haiy menunduk ketika makan atau membaca... wajah itu terasa amat mendamaikan jiwa Mina... menyentuh perasaannya, buat dia rasa sayang terhadap Haiy. 

*********************

Ketika usianya 16 tahun, Mina sama seperti gadis sunti yang lain, punya perasaan terhadap lelaki. Dia ketika itu menaruh rasa suka terhadap Dani, pelajar kolej yang terletak berhampiran sekolah mereka. Haiy segera tahu akan hal itu dan dia amat mendukung minat Mina. Demi Mina, Haiy berusaha mahu bersahabat dengan Dani, bagi menyampaikan hasrat Mina kerana Mina malu. Dani itu bukan sembarangan jejaka. Selain bijak, Dani merupakan jejaka kacak dan diminati hampir semua gadis. Sudah tentu Mina merasa peluangnya sangat tipis. Manalah mungkin seorang pelajar kolej mahu memandang budak sekolah sepertinya.

Tapi Dani justeru berfikiran sebaliknya. Mina telah lama menarik perhatian Dani. Namun dia tidak senang setiap kali Haiy pula yang tersenyum kepadanya.

"Aku geli! Si banci itu tentu menaruh hati pada aku! Padahal aku sukakan Mina!" begitu kata Dani setiap kali rakan-rakannya melagakan dia dengan Haiy.

"Ah, jangan-jangan Mina dan si banci itu sebenarnya pasangan kekasih. Rugilah kamu, Dani... gadis secantik Mina jatuh ke tangan si banci... hahaha!"

Merasa diperlekehkan dan tercabar, Dani nekad mendekati Mina biarpun dia meluat melihat Haiy yang sentiasa ada di sisi gadis itu.

"Senior Dani!" seru Haiy yang terlebih dahulu melihat kedatangan Dani. Tangannya dihulur tanda mahu bersahabat. Tetapi Dani memandang dengan muka jengkel.

Tidak menghiraukan huluran tangan Haiy, Dani terus menatap Mina dan berkata, "Hai, aku Dani. Aku ingin berkenalan dengan kamu. Apa kamu sudi?"

Mina sempat melihat perubahan airmuka Haiy yang perlahan-lahan menjatuhkan tangan. Dia merasa kasihan terhadap Haiy tapi dalam masa yang sama, teguran Dani itu adalah peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan.

"Err... aku Mina... ini teman baik aku, Haiy." Mina turut memperkenalkan Haiy dan secara tidak langsung telah menjelaskan kedudukan sebenar Haiy kepada Dani.

Segera senyum Dani mekar. Bermakna Mina dan Haiy tiada hubungan istimewa. Lalu Dani menjalinkan hubungan dengan Mina. Namun, pada akhirnya, Dani merasa tidak senang melihat Mina masih berbaik dengan Haiy.

"Mina... aku tak suka melihat kamu masih berkawan dengan Haiy..."

"Kenapa? Apa yang salahnya? Aku kenal dia sejak kecil..."

"Tapi aku tak suka... aku tak suka cara dia pandang aku... aku tak suka melihat kamu duduk rapat di sebelah dia..."

"Dani... Haiy itu baik...masakan aku harus pinggirkan dia?"

"Tidak! Kamu tidak patut lagi rapat dengan Haiy kerana kamu milik aku!"

Mina sebaliknya tergelak. "Dani...masakan kamu cemburu dengan lelaki seperti Haiy. Aku dan dia cuma sahabat baik, tak lebih dari itu..."

"Ya aku tahu, justeru hal itulah yang membuat aku bencikan dia. Soalnya, kamu patut tahu, Haiy hanya berminat dengan kaum lelaki. Sebab itulah dia tidak punya perasaan terhadap kamu biarpun kamu paling cantik! Dia hanya mengambil kesempatan dari kamu untuk mendekati aku!"

"Apa?!" Mina terperanjat mendengar tuduhan Dani. "Tidak... Haiy tidak begitu! Aku kenal Haiy! Dia cuma bersifat lembut tapi bukan songsang!"

"Nanti, bila kamu tahu kebenaran tentang Haiy... kamu pasti akan menyesal kerana menganggap dia sebagai sahabat baik kamu."

Mina terdiam melihat wajah sinis Dani. Namun, untuk menanyakan hal sensitif itu kepada Haiy, Mina tidak sampai hati. Haiy terlalu lembut untuk diguriskan hatinya.

Sehinggalah pada suatu hari... Haiy, dicegat di tengah jalan ketika berjalan seorang diri selepas menghantar Mina pulang. Lelaki-lelaki itu menarik Haiy ke belakang lorong. Di situ, Haiy diperlakukan seperti haiwan!

Setelah puas, mereka menyarungkan pakaian dalam wanita ke tubuh Haiy. Dalam keadaan separuh nyawa dan memalukan, gambar Haiy dirakam. Kemudian Haiy ditinggalkan begitu sahaja....tanpa belas kasihan!

*********************

Gambar-gambar memalukan Haiy itu tersebar ke seluruh sekolah. Mina hampir pitam melihatnya. Haiy tidak muncul di sekolah dan Mina pergi ke kolej dengan niat mahu mengadu pada Dani.

"Sudah aku katakan! Tapi kamu yang tidak pernah mahu percaya!"

"Di mana Haiy?!" Mina menjerit bagai orang gila.

"Entah... kalau tidak di hospital, dia pasti ada di kubur!"

"Kamu langsung tidak kasihankan Haiy?"

"Buat apa kasihan dengan orang macam dia? Dia hanya memalukan umat!"

"Kamu kejam!"

Mina berlari menuju ke hospital setelah mendapat maklumat Haiy dimasukkan ke hospital setelah ditemui oleh orang awam. Luluh rasa hati Mina sebaik sahaja melihat keadaan Haiy. Mukanya yang cantik bengkak dan lebam. Tubuhnya berbalut di sana sini.

"Haiy... aku datang..." Mina memanggil dengan suara sayu...

Dan ketika Haiy membuka mata, airmata Mina meleleh tanpa dapat dibendung lagi. Mina langsung duduk dan memegang tangan Haiy.

"Mengapa jadi begini Haiy? Apa yang telah berlaku?"

Namun Mina tersentak apabila Haiy perlahan-lahan menarik tangan dari genggamannya. Haiy menyeringai menahan kesakitan, bersusah payah cuba bangun untuk menyandarkan diri ke kepala katil. Mina bingkas mahu membantu akan tetapi Haiy sepantas kilat mengangkat tangan, memberi isyarat tidak ingin disentuh. Mina jadi hairan melihat perubahan sikap Haiy. Dingin.

"Haiy... mengapa? Apa salah aku?"

"Jangan sentuh aku, Mina... kerana semua orang menganggap aku ini manusia hina... Kamu tentu sudah melihat gambar-gambar itu, bukan?" Haiy tertunduk.

"Haiy... siapa yang buat kamu jadi begini?" Mina mendesak ingin tahu.

Haiy tidak menyahut. Tapi Mina menyedari airmata Haiy mulai menitis. Buat pertama kali, Mina melihat Haiy menangis sungguh-sungguh.

"Haiy... kalau kamu masih menganggap aku sebagai sahabat, tolong..."

"Baliklah Mina..." Haiy memotong sebelum Mina sempat menghabiskan ayatnya. "Tidak ada apa yang perlu aku jelaskan. Aku mahu berehat..." Haiy kembali merebahkan badan. Siap memalingkan mukanya ke arah lain. Mina tersinggung kerana Haiy seperti tidak ingin melihatnya lagi. 

Lalu Mina keluar dengan tangis.

Sepeninggalan Mina, Haiy langsung teresak.

"Ya...Tuhan...apa aku ini turut hina di mataMu?"

*********************

Sejak kejadian itu, Haiy menghilangkan diri tanpa khabar. Mina bagai orang hilang punca. Tidak tahu ke mana Haiy pergi. Bahkan rumah Haiy juga telah kosong. Kata tetangga, Haiy dan ibunya telah berpindah ke utara.

"Mina...lupakan Haiy. Bila dia menghilangkan diri, itu tandanya dia salah. Kamu tak perlukan dia untuk menjaga kamu. Aku ada... aku akan menjaga kamu sebaiknya..." Dani menabur janji.

Mina pasrah. Mungkin benar, Haiy tidak lagi menganggapnya sahabat...

*********************

Mina dinikahi Dani ketika usianya 19 tahun. Segalanya begitu manis di tahun awal pernikahan mereka. Tapi, takdir Allah, tak pernah ada yang bisa menduganya. Mina disahkan menghidap sakit jantung kronik, Idiopathic Cardiomyopathy, selepas melahirkan anak perempuan untuk Dani. Kemampuan jantung Mina untuk mengepam semakin menurun saban hari tanpa sebab, tanpa diketahui apa puncanya.


Dan segalanya mulai hambar...

Dani semakin berubah...dan Mina semakin merindukan Haiy...

 *********************

Tujuh tahun selepas kehilangan Haiy, Mina tidak pernah bermimpi akan bertemu lagi dengan lelaki cantik itu. Hanya ingatan terhadap kenangan lama terlipat kemas jauh di benaknya.

Ketika Mina baru mengambil ubat dari farmasi hospital dia melihat seorang lelaki mirip Haiy berjalan memasuki ruang legar. Hanya gayanya berubah...langkahnya tidak lagi gemalai. Lelaki itu terlihat ganteng dalam balutan jaket kulit, seluar kargo dan but.

Antara yakin dengan tidak, namun teruja mahu memastikan, Mina menyeru nama lelaki itu.

"Haiy!!! Abdul Haiy!"

Ternyata lelaki itu menoleh dan Mina hampir tidak percaya bila lelaki itu menyebut namanya...

"Nur Amina..."

Dan Amina gugup melihat Haiy yang 'baru'...

*********************

Haiy masih lagi berwajah cantik seperti dulu tetapi Mina dapat menangkap dengan jelas garis garis 'jantan' pada air muka Haiy. Rambut panjang separas bahunya terikat kemas ke belakang. Bahkan tubuh Haiy yang dulunya semampai kini terlibat lebih tegap dan kekar.

Parut sepanjang tiga inci menjalar di dagu Haiy.

Bikin Mina tertanya apa yang berlaku sepanjang tujuh tahun kehilangan Haiy.

Haiy tidak lagi suka merenungnya seperti dulu. Haiy lebih banyak menundukkan pandangan.

Yang masih kekal bersama Haiy adalah matanya yang jernih bercahaya dan senyum manis yang sentiasa menghiasi bibir serta bicara sopannya.

Dan selama lima belas minit duduk berdepan di cafe hospital bersama minuman, Mina yang lebih banyak menceritakan soal dirinya.

"Alhamdulillah...akhirnya... Dani menjaga kamu sebagai isteri..." Haiy tersenyum tulus.

Mina hanya mampu tersenyum hambar. Namun Haiy terbeku ketika Mina berterus-terang tentang penyakitnya.

"Sudah berapa lama?"

"Tiga tahun... aku sekarang bergantung kepada peranti HeartWare yang ditanam dalam jantung aku sementara menunggu giliran untuk menerima jantung baru. Mungkin juga menunggu mati."

Haiy terdiam dengan wajah serius. “Mati itu sesuatu yang pasti dan harus kita imani… kita semua mempunyai ajal, dan apabila tiba ajal kita, Tuhan tidak akan segerakan atau melewatkan walau sesaat pun. Tapi sementara saat itu tiba, bukan bererti kita harus pasrah, menunggu tanpa berjuang…”

Mina jadi aneh mendengar cara Haiy bercakap. Ketika tangan kanan Haiy mengangkat cawan, Mina terkejut melihat jari kelingking dan jari manis Haiy yang cuma tinggal satu ruas!

"Kenapa dengan tangan kamu?!" tanya Mina begitu terperanjat lalu cuba menyentuhnya.

Haiy yang tergamam, lekas-lekas meletakkan kembali cawan dan menyembunyikan tangannya ke dalam saku jaket.

Mina kehairanan melihat sikap Haiy yang begitu menjaga batas.

"Kemalangan kecil. Tidak perlu dibahas. Soal diri kamu lebih penting. Kamu punya anak dan suami...kamu memerlukan jantung baru."

"Ah...aku tidak terlalu berharap Haiy. Kalau sudah takdir Allah mencabut nyawa aku kerana penyakit ini, aku redha. Soalnya, Dani sudah berubah sejak aku sakit..." Mina tertunduk sebak.

Haiy memandang seketika. Kemudian dia berkata dengan tenang, "kalau tidak pun kerana dia...teruskanlah berjuang untuk hidup demi anak kamu yang masih kecil."

Patah kata Haiy itu menyebabkan airmata Mina terburai. Dia terisak. Dan entah mengapa jauh di sudut hatinya dia begitu mengharapkan Haiy akan bangun, duduk di sebelah dan memeluk bahunya, memujuknya dengan kata gurauan. Seperti suatu ketika dulu...

Namun Haiy tetap pada duduknya. Semerta Mina tersedar, tujuh tahun telah merubah segalanya. Cepat-cepat Mina menghapus airmata dengan tangan lalu mengangkat wajah.

Buat seketika, pandangan mereka berpadu tetapi Haiy lebih sigap melarikan matanya.

"Sudahlah...aku tidak apa-apa. Tapi kamu...apa yang kamu lakukan di sini?" Mina mengalih topik.

"Aku menguruskan jenazah ibu." Haiy berkata dengan tenang.

Mina terkesima. "Apa?! Ibu kamu? Di hospital ini? Bukannya dulu kamu berpindah ke utara?"

Haiy menggeleng. "Tidak... aku dan ibu hanya berpindah daerah. Ibu sakit sudah enam bulan dan dirawat di sini..."

Mina terhenyak. "Tapi kenapa aku tak pernah bertemu dengan kamu di sini?"

"Kerana baru sekarang aku ada di sini..."

Mina semakin keliru dengan percakapan Haiy. Bagai banyak perkara cuba disembunyikannya.

“Kamu… berbeza… kamu tidak seperti dulu…” komen Mina.

Haiy malah tersenyum dan tidak menanggapinya. "Alhamdulillah...Tuhan permudahkan segalanya buat aku uruskan sendiri jenazah ibu biarpun aku tidak sempat bercakap dengan ibu buat kali terakhir..."

Kata-kata Haiy bagai penuh maksud tersirat. Mina penasaran. "Haiy...apa sebenarnya yang berlaku? Kamu ke mana menghilangkan diri? Kenapa kamu berubah? Aku rindu kamu...tahu tak?"

"Aku mencari jalan menuju Tuhan...bukankah dulu aku sering dianggap hina pada mata manusia?"

Mina terkedu. Haiy tersenyum. Sekejap kemudian, Haiy bangun setelah matanya menangkap kehadiran seseorang. Dani...lelaki itu sedang merenungnya tidak jauh dari situ, dengan dahi berkerut.

"Maaf Mina, aku tak boleh berlama di sini..." Haiy beralasan. Padahal dia tidak ingin mencetuskan ketegangan.

"Tapi kamu belum ceritakan soal diri kamu. Duduklah lagi...panjangkan waktu kamu untuk aku..." Mina separuh merayu.

"Tak ada apa yang perlu aku ceritakan kepada kamu, Mina. Cerita hidupku tak menarik dan tak indah untuk kamu dengar."

"Tapi...bila kita boleh berjumpa lagi?" Mina bertanya penuh harapan.

Kali ini Haiy tersenyum sambil menatap Mina. "Kalau diizinkan Tuhan. Tapi kalau kita tidak bertemu lagi selepas ini, kita bertemu di akhirat nanti. Insya Allah. Aku pergi dulu Mina, Assalamualaikum..."

Haiy pun beredar. Mina hanya mampu tertegun memerhatikan Haiy yang pergi dengan langkah kemas teratur. Sungguh Mina tak percaya...itu Haiy...sahabatnya suatu ketika dulu yang sering dikata orang lembut dan songsang.

Mina termangu tanpa sedar Dani mendekatinya dari belakang.

"Siapa dia?" Kerasnya suara Dani, menyentakkan Mina.

"Dani...bila sampai?"

"Aku tanya siapa dia?!"

"Dia...adalah Haiy..."

Dani langsung tergamam.

*********************

Beberapa hari selepas pertemuan itu, Dani berdepan Mina yang sedang menyuapi anak mereka makan bubur.

"Mina! Haiy ada di mana sekarang?"

Mina terkejut dengan serangan soalan itu. "Aku tak tahu..."

"Bohong! Kamu baru berjumpa dengan dia, kamu tentu tahu dia ada di mana! Lekas beritahu aku!"

Geram dek kemarahan melulu Dani, Mina bangun menghadap Dani.

"Bohong! Bukankah kamu dan dia sahabat baik? Tentu dia dah mengadu macam-macam dengan kamu!"

"Mengadu? Dia hanya beritahu aku, ibunya meninggal!"

"Heh! Kalau betul tak ada apa-apa, mengapa dia melarikan diri bila melihat aku tempohari?"

"Aku tak tahu. Mengapa kamu tidak menyapa kami?"

"Aku tak mahu dekat kerana tak mahu dia menginginkan aku lagi seperti tujuh tahun lalu!"

Mina ternganga. Tujuh tahun lalu? "Maksud kamu apa?!"

"Aku menyaksikan sendiri dia bersodomi dengan rakan-rakan aku! Dia juga merayu inginkan aku!"

Mina merasa tertohok.

Namun dalam kepala Dani berkelebat peristiwa sebenar yang menjadi punca kehilangan Haiy...  Benar, Haiy merayunya...

*********************

Tapi Haiy merayu dengan airmata kepada Dani kerana cuma dia yang hanya berdiri tegak melihat perlakuan haiwan rakan-rakannya.

"Tolong...Dani...tolong aku...!" Haiy merintih, minta dilepaskan.

Dani terus menyaksikan tanpa perasaan biarpun jerit pekik Haiy berpadu dengan gelak tawa setan rakan-rakannya.

Haiy sudahnya terkulai tidak bermaya. Setelah rakan-rakannya menjauhi Haiy, Dani mara dengan kamera di tangan.

"Jauhi Mina! Atau aku akan malukan kamu dengan lebih dahsyat!" Sesudah berkata demikian...Dani meludah ke muka Haiy sebelum dia meninggalkan Haiy begitu sahaja.

Itu rahsia Dani yang disimpan kemas dari pengetahuan Mina.

*********************

"Jadi kamu nampak apa yang berlaku? Kenapa kamu tak beritahu aku ketika itu?!" Jerit Mina.

"Kerana aku tidak mahu melukakan kamu! Haiy dibelasah kerana kami mahu mengajarnya atas sifat songsangnya itu..." Dani menabur fitnah.

"Kamu kejam, Dani! Bukan begitu caranya!"

"Ah! Itu cerita lama! Sekarang aku mahu tahu di mana Haiy?!"

"Apa lagi yang mahu kamu lakukan terhadap dia? Dah aku katakan, aku tak tahu di mana dia!"

"Aku mahu serahkan dia kepada polis kerana dia adalah pengganas!" Serentak dengan itu, Dani melemparkan beberapa keping gambar ke muka Mina.

Demi melihat apa yang terpapar dalam gambar, Mina terkesima. Perlahan-lahan dia tunduk mengutipnya.

Mina terpelangah melihat gambar Haiy di satu kawasan bersalji. Lengkap berpakaian ala militari dan menyandang Pindad SS2-V1. Masing-masing ceria mengangkat jari telunjuk. Ada gambar Haiy sedang membidik sasaran di balik tembok. Gambar Haiy tercedera di atas pengusung namun masih tersenyum ke arah kamera sambil mengangkat telunjuk kanan tanpa jari manis dan kelingkingnya!

"I...ini...Haiy?" Mina tergagap, mata nanar memandang Dani mengharapkan jawapan.

"Heh, masakan dah tak kenal lelaki lembut kesayangan kau tu. Dia antara rakyat Malaysia yang dikehendaki kerana menyertai kumpulan pemberontak di luar negara!"

Mina terpanar dan mula mengaitkan perubahan diri Haiy dengan gambar yang dilihatnya. Mungkin inilah sebabnya Haiy bukan lagi Haiy yang gemalai seperti dulu? Kerana dia terlibat dengan keganasan?

"Tidak! Haiy bukan begitu! Haiy baik orangnya!" Mina tetap berusaha menafikan. Saat itu Mina merasakan dadanya sakit yang amat sangat.

"Huh! Kalau baik, dia takkan ikut kumpulan pengganas. Dia sepatutnya bertaubat dan duduk di tikar sembahyang...!"

"Cukup!"

"Apa yang dia mahu buktikan? Dia jadi jantan bila mengganas di luar negara?"

"Dani...cukuplah..." Mina tidak mampu lagi bertahan. Dia rebah.

Barulah Dani panik dan menerpa. "Mina!"

*********************

Bunyi dentuman peluru menguasai ruang udara. Serpihan tembok terpelanting ke sana sini. Dari celah runtuhan bangunan, Haiy membidik sasaran. Kehilangan dua jari, tidak melunturkan kebolehannya menembak dengan tepat.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul dari balik bangunan bertentangan, mengelek seorang budak lelaki lingkungan usia tiga tahun. Budak lelaki itu kemudiannya diletakkan di tengah medan. Lelaki pengecut itu kemudian berlari meninggalkan budak itu sendirian, melalak meraung ketakutan.

“Laknatullah! Mereka menggunakan anak kecil sebagai umpan!” teriak Ghafur sahabat dari Pakistan, yang berdiri tidak jauh dari Haiy.

Peluru sesat menyasar ke sana-sini, namun kuasa Tuhan, anak itu bagaikan terlindung. Tapi Haiy dan rakan-rakannya sedar, mereka tidak boleh membiarkan anak itu terus di situ walaupun jelas ianya perangkap musuh.

“Haiy… Kasir, bantu aku, tembakan kalian lebih tepat. Aku akan dapatkan budak itu.” Ghafur nekad.

Haiy dan Kasir sama-sama mengangguk.

Ghafur pun melompat keluar dan meluru mendapatkan budak itu. Tiba-tiba sekumpulan pasukan musuh terdiri dari sepuluh orang menyerbu, mengepung Ghafur.

Haiy dan Kasir pantas bertindak melepaskan tembakan demi tembakan. Akan tetapi salah seorang daripadanya, yang telah pun tercedera, masih sempat menancapkan pisau bertalu-talu ke belakang badan Ghafur yang sedang memeluk erat anak itu. Haiy tidak bertangguh, dia bingkas mendapatkan Ghafur sambil melepaskan tembakan ke arah musuh yang menikam Ghafur. Kena di leher dan musuh itu rebah.

Kasir juga tidak berdiam, snipernya memuntahkan peluru ke segenap arah yang dilihat adanya penembak tepat yang cuba menumbangkan Haiy.

Ghafur berlumuran darah dan masih bernyawa. Biarpun, Ghafur menyerahkan anak kecil itu kepada Haiy dan menyuruhnya supaya lekas pergi, Haiy tidak sanggup meninggalkan Ghafur begitu sahaja. Lalu dengan segala kudrat yang ada, Haiy, pantas meraih tubuh Ghafur dengan sebelah tangannya, manakala tangan kanannya mendakap erat anak kecil itu di dadanya.

Haiy berjaya sampai ke tempat persembunyian Kasir. Tanpa tangguh, Kasir memapah Ghafur. Mereka harus segera meninggalkan tempat itu kerana sudah ketahuan musuh. Tambahan pula pertahanan mereka bertiga sudah goyah dan Haiy mendapat arahan agar mereka mundur dari barisan hadapan dan segera menyelamatkan diri.

Mereka tiba di rumah dan disambut rakan-rakan barisan kedua. Setelah melepaskan anak kecil itu ke kerusi, Haiy duduk bersandar di dinding melepaskan lelah sambil memerhatikan rakan-rakannya membantu Ghafur yang parah dan memujuk anak kecil itu.

“Haiy… muka kamu pucat… kenapa? Kamu takut?” tegur Abang Ali, rakan satu negara.

Haiy menggeleng. “Taklah… aku letih. Aku ingin berehat sebentar.”

Abang Ali pun membiarkan Haiy bersendirian sementara mereka menguruskan Ghafur untuk dihantar ke hospital berhampiran.

Komander mereka, berbangsa Arab yang baru tiba dari medan pertempuran, merasa hairan melihat Haiy duduk agak jauh dari yang lain. Melihat dahi Haiy basah dengan peluh, berwajah pucat dan bibir Haiy terkumat-kamit, Komander mula merasakan ada yang tidak kena. Dia lantas mendekati dan mendengar Haiy menyebut Lailahaillallah tanpa henti.

Komander berhati mulia itu, mendekati dan bertanya dalam bahasa Inggeris fasih. “Haiy! Kamu kenapa?”

Rakan-rakan yang lain mula memberikan perhatian kepada Haiy.

“Aku… luka sedikit… tak apa-apa...” Haiy tersenyum.

Akan tetapi mata tajam Komander segera menangkap, t-shirt hitam yang dipakai Haiy, basah lencun. Sontak Komander melekapkan tangannya dan terdiam melihat tapak tangannya basah dengan darah!

Komander menghembus nafas kesal lalu menyingkap baju Haiy. Mereka semua tergamam melihat dua lubang sedang mengalirkan darah pada bahagian perut dan pinggang Haiy. Anehnya, pemuda itu masih tetap tersenyum tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya.  

Mereka segera tahu bahawa peluru .308 Winchester rupa-rupanya telah berjaya menembusi tubuh Haiy.

Komander pantas menarik kain serban dari kepalanya dan menekapkan ke luka Haiy. “Lekas… sediakan trak! Bawa dia ke hospital!” Komander memberikan arahan.

Di dalam trak, Haiy terbaring di riba Komander. Haiy kemudiannya meminta Abang Ali mendekati. Dia mengatakan sesuatu disaksikan oleh Komander.

“Bertahan Haiy. Kamu kan kuat?” Komander berusaha memberi semangat.

“Tuan… selama ini perjuangan aku diiringi doa ibuku dari jauh. Kini ibuku telah tiada. Mungkin inilah masa untukku. Tidak mengapa, kerana aku selalu yakin bahawa mati itu tidak dapat ditolak oleh sesiapa, walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada menjemputku sekarang. Tapi andai ini kematian yang telah ditetapkanNYA untukku, maka aku bersaksi dan berikrar bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah yang terakhir...”

*********************

Dani duduk dengan pasrah di sisi Mina yang terlantar di katil hospital. Kerana kemarahannya, Mina menanggung akibat, jantung Mina tidak stabil. Tapi untuk menanti penderma, entah bila.

“Maafkanlah aku Mina… jangan tinggalkan aku… aku masih sayangkan kamu…Maaf atas perlakuan kasar aku pada kamu... aku cuma cuba menutup rasa takut kehilangan kamu...” Dani merintih penuh penyesalan.

Doktor masuk membawa satu khabar untuk Dani.

“Mina sudah mendapat pendermanya…”

Dani bagaikan tidak percaya. “Tapi… bukankah Mina perlu menunggu giliran?”

Doktor menggeleng. “Jantung ini khas untuk Mina dan kita perlu lakukan pembedahan segera kerana jantung ini baru sampai dari Syria.”

Dani terbingung. “Syria? Siapa?”

“Kita bincangkan kemudian, yang penting, nyawa Mina perlu diselamatkan segera.”

Dani tidak membantah kalau itu yang terbaik buat Mina.

*********************

Nama : Abdul Haiy bin Abdullah

Umur : 23 tahun.

Sungguh, Dani tidak dapat menerima hakikat apabila melihat nama penderma jantung Mina. Bermakna lelaki itu sudah mati dan jantungnya telah bersatu dengan tubuh Mina!

“Bagaimana ia boleh sampai ke sini?”

“Saya tidak tahu, ia dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. Katanya penderma telah meninggal dunia akibat ditembak dan telah mewasiatkan jantungnya buat Mina. Saya sendiri hairan kerana jantung pemuda ini sangat sesuai dengan Mina! Tubuh Mina ternyata dapat menerimanya dengan baik sekali…”

Dani mencebik… haruslah dapat menerima jantung itu dengan baik, kerana Haiy itu perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki!

Sumpah, Dani tidak menghalalkan jantung Haiy yang kini berdenyut dalam tubuh Mina. Dia jadi enggan mendekati Mina kerana baginya Mina bernyawa dengan jantung Haiy, si lembik yang bertukar menjadi pengganas!

*********************

Beberapa bulan kemudian… Mina terus hidup sihat tanpa tahu siapa pendermanya.

Suatu hari, dia didatangi oleh seorang lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 40-an. Berkulit sawo matang dan berjambang tetapi airmukanya jernih.

Mina mempelawanya masuk tetapi lelaki itu hanya mahu berada di porch. Setelah membawakan minuman, Mina duduk, berhadapan dengan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Abang Ali.

“Alhamdulillah… kamu sihat sepenuhnya. Nampaknya jantung Haiy begitu padan benar dengan kamu.”

Mina tersentak. “Apa? Haiy? Maksud kamu apa?” 

“Iya… bukankah Haiy telah mendermakan jantungnya untuk kamu?”

Mina terpelangah. “Apa?! Jann…tung… Haiy?!

Kebetulan, Dani baru turun dari tingkat atas. Dia terkejut mendengar suara Mina menyebut nama Haiy.

“Astaghfirullahalazim… jadi kamu tidak tahu?”

Mina menggeleng kaget. “Saya tidak tahu apa-apa... saya sangkakan ini dari penderma biasa. Tapi... kalau ini jantung Haiy…” Mina menekap tangan ke dadanya. “…bermakna… dia… dia… dah tak… ada?” Mina mula jadi takut mahu mendengar kenyataan.

Abang Ali mengangguk. “Dia syahid. Insya Allah…”

Dani yang pada mulanya ingin menerjah bersama amarah, sontak mematikan langkah apabila terdengar perkataan syahid itu. Lalu dia hanya mampu berdiri di balik dinding menelinga perbualan mereka.

“Syahid…?! Tapi… kata suami saya… dia pengganas?” Mata Mina mulai memburam."Ada apa sebenarnya?!"

Abang Ali menarik nafas dalam-dalam kemudian menggeleng-geleng sambil tersenyum. “Begitulah pandangan orang yang tidak mengerti sepenuhnya apa itu jihad. Tak mengapa… kami sudah biasa dengan tanggapan begitu. Tujuan saya datang ke mari pun untuk menunaikan amanat Allahyarham. Ini…” Abang Ali menyodorkan satu sampul surat tebal bersaiz A4.

Mina tanpa tangguh menyelidik isinya. Dia terpinga-pinga melihat sejumlah wang terikat dengan getah.

“Duit apa ini?”

“Duit simpanan Allahyarham Haiy. Dihadiahkan buat anak kamu. Sebahagiannya telah saya serahkan ke rumah anak-anak yatim sebagaimana permintaan beliau sebelum pergi.”

Sekeping gambar terjatuh di antara helaian duit tersebut. Mata Mina terbelalak kerana menyedarinya itu gambarnya ketika darjah enam, sewaktu masih bertocang dua sedang ketawa lebar bersama Haiy sambil makan aiskrim di tepi divider. Dan tulisan di atas gambar itu cukup membuat Mina tersayat.

“Aku sayang Mina… - Haiy”

Mina teresak pilu dengan bermacam persoalan mengasak dadanya. “Jadi… abang Ali kenal Haiy?”

“Sangat mengenalnya…” Abang Ali tersenyum namun matanya terlihat berkaca tiba-tiba.

“Ceritakanlah…” Mina tersebak di hujung kata. “Ceritakanlah pada aku… kerana aku bertemu dengannya sekejap sahaja, setelah tujuh tahun kehilangannya… aku jadi semakin penasaran memikirkan dia. Aku jadi hairan kenapa suamiku menuduh dia songsang kemudian menuduhnya pengganas pula…”

“Dia sebenarnya jiran aku, tujuh tahun dulu. Waktu itu dia dan ibunya baru berpindah. Aku pada ketika itu gigih mengikuti kem jihad. Pergerakan rahsia. Bila Haiy dapat tahu, dia menyatakan hasrat mahu ikut serta. Aku jadi hairan kenapa budak selembut dia mahu memasuki kem latihan jihad. Takut aku dia tak mampu menangani latihan yang keras. Tapi sebaris ayat dia buat aku terus bawa dia tanpa ragu lagi, "Aku sering dihina dan dimalukan kerana peribadi lembutku lalu aku mahu mencari kemuliaan di mata Allah…”

Mina tertunduk sebak. Rupa-rupanya Haiy memendam rasa terpuruk sekian lama.

“Ajaib… setelah menjalani latihan, dia berubah dalam sekejapan waktu dari seorang yang lembik menjadi seorang yang nekad dan langsung tak mengenal erti takut, tak takut mati di dunia. Yang kekal pada dirinya hanya bicaranya yang sopan. Ketika dia berusia 17 tahun, aku dan dia berkunjung ke kem latihan di Afghanistan. Sejak itu, Haiy memutuskan untuk berjihad bersama para mujahidin berbagai bangsa di bawah perintah seorang komander berasal dari tanah Arab, menentang kezaliman di setiap pelusuk dunia ini demi umat Islam. Sejak itu Haiy dan aku tak pernah kembali lagi ke sini.

Haiy tidak pernah ragu untuk menyertai perang jihad, sentiasa ingin berada di barisan hadapan. Kerana itulah dia menjadi kesayangan komander biarpun masih muda. Bukan sekali dua maut cuba menjemputnya di beberapa lokasi perang yang kami kunjungi. Dua jarinya hancur terkena serpihan bom ketika cuba menyelamatkan rakan kami yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Peluru sesat musuh pernah cuba mematikannya ketika kami melakukan serang hendap ke atas asrama tentera musuh tetapi tersasar mengenai dagunya.”

Mina ternganga, langsung teringat rupa paras Haiy dengan parut dalam di dagu dan dua jari kudung. Oh… jadi itulah puncanya? Astaghfirullahalazim… kenapa Dani menuduhnya pengganas?

“Kemudian kami mendapat berita, para mujahidin dari seluruh dunia, termasuk dari Negara-negara Barat, telah berangkat ke Syria untuk berjihad melawan rejim diktator. Dari Yaman kami ke Syria. Di situ, kami bergabung dengan kumpulan mujahidin lain. Biar berbeza komander dan Negara tapi kami semua punya bendera yang sama dengan satu tujuan yang sama, berbekalkan Lailahaillallah. Sebagaimana, Rasulullah bersabda, "Pilihan Allah dari bumi-Nya adalah negeri Syam, di situ ada pilihan-Nya dari makhluk dan hamba-hamba-Nya, dan akan masuk syurga dari umatku satu kelompok tanpa ada perhitungan terhadap mereka dan tidak pula ada siksaan…"

Kamu tahu, perkara yang sering menghalang perjuangan kami adalah keluarga. Ada yang dah berbelas tahun tidak menemui ibu bapa, anak dan isteri demi menegakkan Islam. Ada yang merestui dan ada yang tidak. Haiy juga begitu, melupuskan kesedihan kerana telah bertahun meninggalkan ibunya yang semakin uzur. Hampir setiap malam dia akan cuba menghubungi ibunya biarpun cuma dapat bercakap tidak lebih dari seminit. Restu ibu sentiasa bersamanya. Dia berjuang bagai singa, tapi aku sering tertangkap dia menangis seusai solat, merindukan ibunya. Alhamdulillah, Allah memberikan dia kesempatan meninggalkan medan perang untuk pulang menguruskan jenazah ibunya beberapa bulan yang lalu.”

Mina memejamkan mata… teringat kembali pertemuan itu. Hatinya semakin sebak bila mengenangkan wajah tenang Haiy. Ya Allah… singkatnya waktu itu… cepatnya masa berlalu. Tapi kebetulan itu sangat berharga dan indah untuk dikenang selamanya.

“Tapi… kalau dia terkorban di Syria… bagaimana jantungnya boleh sampai ke sini? Kenapa tidak ada berita tentang kalian?” tanya Mina dalam suara yang serak.

“Itu rahsia ketenteraan kami…” Abang Ali tersenyum penuh makna. “… sudah tentu dengan bantuan Allah juga yang memudahkan jalan agar kamu selamat menerima pemberian terakhir Haiy. Biarlah orang salah anggap perjuangan kami dan pihak tertentu memutar belitkan kebenaran sehingga kami dilabel sebagai pengganas. Kami tak perlu liputan akan perjuangan kami, cukup asal Allah tahu niat dan kenapa kami sanggup berkorban nyawa. Jalan yang kami pilih bukan untuk disanjung manusia.” Abang Ali memilih untuk tidak menjelaskan secara terperinci.

Mina merasa pedih di hati dan tangannya menyeka airmata yang tidak mahu berhenti mengalir.

“Satu yang kami semua tidak boleh lupakan tentang Haiy, biar dia berubah menjadi pemuda pemberani, tapi sifat pemalunya masih menebal dan itulah yang sering jadi bahan usikan kami setelah lelah bertempur dengan musuh. Dia, pemuda cantik yang telah menambat hati kami semua untuk menyayanginya dan menjaganya, kerana biar dia yang paling muda dan cantik tetapi dialah yang paling bersemangat mempraktiskan taktik militeri sampai terbawa dalam tidur dan mengigau dengan tangan kaki menerjang sesiapa yang tidur berhampiran dengannya.” Abang Ali tertawa dengan mata berair kesedihan.

Mina menekup mulutnya, turut tertawa pilu ketika cuba membayangkan keadaan Haiy mengigau dengan aksi tempur.

“Mungkin telah datang saat yang tepat untuk Haiy meninggalkan kita semua, menuju Tuhan, Pemilik dunia yang fana ini. Haiy terkorban di bumi pilihan Allah setelah dia berhasil menyelamatkan dua nyawa…  dia pergi dengan tenang bagaikan sedang tidur dalam pangkuan Komander kami, sebaik sahaja tiba di hospital. Dan kamu, orang ketiga yang diselamatkannya. Dia tidak pernah bercerita soal peribadi selain tentang ibunya. Tapi bila di hujung nyawa dia baru menyebut nama kamu…buat kami semua sedar, dia juga sama seperti lelaki normal yang lain… punya perempuan yang dicintai sejak sekian lama.



Mina tanpa dapat menahan perasaan, meraung sekuat hati setelah mendengar cerita Abang Ali. 

Sedang Dani terhenyak di balik dinding dengan rasa menikam di jiwanya. Betapa berat dosanya terhadap Haiy. Tapi dia tidak lagi dapat memohon kemaafan dari pemuda itu yang telah menyelamatkan nyawa isterinya. Dia sering bersangka buruk dan betapa berat fitnah dilemparkan terhadap Haiy namun tak pernah sekali Haiy mendedahkan kejahatannya kepada Mina. Sekarang Dani merasakan dirinya jauh lebih hina…entahkan terampun atau tidak oleh Tuhan…


Sementara Mina… merasa terkilan. Kerana baru sekarang dia tahu kalau Haiy menyayanginya lebih dari apa pun. Betapa tujuh tahun yang hilang itu menjadi saksi keinginan dan kesungguhan Haiy untuk mencapai kemuliaan di mata Tuhan, bukannya manusia… dengan memilih berjihad. Mungkin di dunia, Haiy tidak mampu mendapatkan Mina tapi sekarang rohnya sudah bisa tersenyum bahagia bersama bidadarinya di syurga. Amin...

Abdul Haiy, yang tinggal hanya kenangan tentang dia. Jasadnya bersemadi di bumi Syam. Namun jantung Haiy masih berdenyut tenang, memberi nafas baru kepada Mina…




 *********************

Disclaimer: Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak sekalipun. Saya tulis cerita ni sebagai jalan membuang emosi setelah terjebak membaca kisah-kisah dan melihat gambar-gambar perjuangan para mujahid terutama di Syria. Saya memanglah selalu macam ni, mudah sangat terbawak emosi sampai berhari-hari kalau baca atau melihat sesuatu yang menyedihkan. Sebab itulah saya selalu mengelak membaca dan menonton kisah-kisah perang sebab saya ni jenis mudah terbawa emosi.

Saya akui tak boleh menulis dalam kesedihan tapi hati meronta nak mencoret sedikit untuk melepaskan perasaan. Cumanya saya tak berani menuliskan secara detail sebab sedari diri saya ni tak dikurniakan kebolehan untuk menulis kisah-kisah perjuangan. Lagipun ilmu saya tak cukup. Maaf kalau korang baca rasa tak puas hati dengan apa yang saya tulis.

Harus diingat, apa yang saya tulis di atas dah saya adukkan dengan imaginasi dan gabungan kesedihan saya setelah mengambil tahu sedikit tentang perjuangan mereka. Hanya surface yang saya sentuh tapi cukup untuk saya faham sesuatu tentang para mujahid sejati, mereka keras dan ganas ketika memerangi musuh Islam, namun di luar dari itu, kaum mujahiddin selalunya berhati lembut, tetap punya airmata menangisi kehilangan teman perjuangan.

Betapa ketika ramai umat masa kini yang mengejar dunia, merasa bangga dengan amal jariah yang sedikit dan merasa confirm masuk syurga, sedang para mujahid memilih dan siap siaga mempertaruhkan nyawa demi menegakkan syariat Islam. Haruslah saya sendiri berasa malu dan sampai sekarang tertanya-tanya serta kagum dengan keberanian mereka.

Betapa tidak sedikit yang memandang kebendaan dan menilai manusia dari luaran. Tapi para mujahid meninggalkan hidup selesa, memilih ke medan perang. Insaf sungguh dorang berjuang dengan darah... berani.. sedia korban nyawa demi tegakkan Islam dari hanyut dengan duniawi...

Tabik dan hormat kepada para mujahid seluruh dunia…
Al-Fatihah untuk mereka yang telah gugur syahid...

Sekian terima kasih…